Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan MCA dan MIC tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk kedua-dua parti itu meninggalkan BN.
Katanya, MCA dan MIC perlu bertindak profesional dengan mencontohi 10 parti komponen BN yang bertindak keluar parti tanpa memberikan sebarang alasan selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.
ikutlah jejak parti-parti yang sudah keluar sebelum ini. Jangan cakap banyak kalau nak keluar. Keluar lebih baik sebab UMNO tetap mendapat sokongan daripada orang Melayu.
Nazri berkata, UMNO tidak berdepan masalah andai MCA dan MIC keluar parti kerana UMNO sedang berusaha mengadakan kerjasama yang kekal dengan Pas.
Saya juga menyokong pucuk pimpinan UMNO untuk mengadakan kerjasama tetap dengan Pas bagi mengahadapi bukan sahaja PRK tetapi juga PRU15.
#PRKSemenyih - YB Khairy Jamaluddin menyatakan sebab mengapa pengundi di Semenyih wajib pilih calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi, 58, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Beliau percaya dan yakin calon BN, Zakaria Hanafi mampu mengubah nasib penduduk tempatan dan mesra rakyat.
Khairy Jamaluddin harap rakyat tidak membaca tajuk sahaja berhubung cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menstruktur semula kutipan tol empat lebuh raya dalam bandar yang diumumkan semalam.
Katanya, persoalan harus dilontarkan kepada kerajaan berhubung cadangan berkenaan sama ada ia benar-benar akan dinikmati rakyat atau tidak, selain kos-kos yang perlu ditanggung untuk melaksanakan pengambilalihan tersebut.
#PRKSemenyeh: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal menunaikan janjinya malah tidak melihat secara mendalam apa yang kerajaan terdahulu laksanakan walaupun ianya mendatangkan manfaat yang cukup bermakna kepada rakyat.
Menurut beliau, banyak perkara dapat dilihat seperti apa yang melanda kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta kalangan mahasiswa selain penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hari ini bertukar kepada Bantuan Sara Hidup (BaSaH)