Friday, March 20, 2020

Terkini : Harga Minyak Turun Lagi!





HARGA runcit petrol RON95 turun sebanyak 38 sen seliter kepada RM1.44 manakala RON97 turun 36 sen seliter kepada RM1.74.
Penurunan sama turut dialami harga runcit diesel yang turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.75.
Penurunan drastik ini berikutan ketidaktentuan harga minyak mentah pada masa ini yang dipengaruhi negara pengeluar minyak utama dunia serta penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Tentera Bantu Polis Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 Ahad ini





Tentera akan digerakkan mulai Ahad ini untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac hingga 31 Mac ini dipatuhi rakyat sepenuhnya.
Langkah ini dibuat selepas polis mendapati masih ramai lagi rakyat yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki hari kedua semalam.

Monday, March 16, 2020

Khalid Samad Insaf, Mohon Maaf Kepada Presiden PAS!

Sidang media Timbalan Menteri Luar Negeri berhubung isu #COVID19

Hilang Kepercayaan Terhadap Anwar - 500 Ahli PKR Umum Keluar Parti!





15 Mac 2020 - SERAMAI 500 ahli PKR Perlis mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presidennya, Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.

#PKR #KeluarParti #AnwarIbrahim #PakatanHarapan