Wednesday, December 23, 2020

Ini Sebab Kit Siang Takut Nak Berdepan Dengan KJ .


Ikuti penjelasan YB Khairy Jamaluddin berhubung isu pembelian vaksin..

Kit Siang tak berani berdepan, tolak jemputan KJ!



Tidak berani berdepan dengan Khairy Jamaluddin, Lim Kit Siang menolak jemputan atas alasan beliau tidak berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya untuk menghadiri sidang media menteri berkenaan hari ini berhubung isu harga vaksin Pfizer’s Covid-19. Baca lagi...

Tuesday, December 22, 2020

Tular Buaya Timbul di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson!




PORT DICKSON - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan dakwaan kehadiran buaya di pantai nelayan Bagan Pinang di sini, pada Isnin. 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, setakat pagi Selasa pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan buaya itu walaupun video mengenai haiwan tersebut sudah tular.

KJ Jemput Kit Siang datang sidang media MOSTI esok



Dalam ciapannya di Twitter hari ini, Khairy turut mempelawa Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk menghadiri sidang media MOSTI. Baca lagi...

Muhyiddin antara individu terawal bakal terima suntikan vaksin COVID-19


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik. Baca lagi...

Sunday, December 20, 2020

Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Live di Pentas AME2020


Pelakon Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung di sini sebentar tadi.


“Uqasha Senrose, sudikah kalau awak menjadi isteri saya,” tanya Kamal sambil menunjukkan sebentuk cincin berlian.


Lamaran tersebut diterima Uqasha dengan memberi jawapan ya sambil disambut sorakan hadirin yang berada di situ.


#KamalAdli #UqashaSenrose #AME2020

Saturday, October 17, 2020

KJ tolak Anwar, mahu semua ahli Parlimen Umno nyatakan pendirian


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Perkara itu ditegaskan nenteri sains, teknologi dan inovasi itu menerusi satu kenyataan yang dibuat di dalam Instagram Story, pada Sabtu.


Penegasan Khairy itu susulan tersebarnya sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan parti itu terhadap Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.


"Jika surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa presiden saya tidak bercakap bagi pihak saya. Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Saya harap ahli Parlimen Umno yang lain akan menjelaskan kedudukan mereka. Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor," demikian tulis beliau. Baca lagi >>

Khairy Jamaluddin Nafi Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM





Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

4 LELAKI INDIA MABUK BIADAP CABAR POLIS! Ditahan Selepas Melakukan PROVOKASI





Empat lelaki mabuk ditahan selepas melakukan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota Unit Peronda Polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi.

Friday, October 16, 2020

Khairy nafi sokong Anwar Ibrahim sebagai PM

 

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

Memetik laporan Astro AWANI, penafian tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Grill di stesen radio Bfm. 

Terdahulu, nama Khairy dicanang dalam senarai 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp. Baca lagi >>

Wednesday, October 14, 2020

GEMPAR! UMNO Mahu Keluar Perikatan Nasional!





UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberikan syarat baru kepada Kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik, secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Thursday, October 8, 2020

Perkembangan Terkini Pembangunan Vaksin Bagi Wabak COVID-19.





Temubual Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 membincangkan perkembangan terkini pembangunan vaksin bagi wabak COVID-19.

Wednesday, October 7, 2020

Selangor dan Sabah PKPB Mulai 9 Oktober!





Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta di Klang, Selangor. PKPB itu berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam, 9 Oktober 2020. Empat lokasi berkenaan diklasifikasikan sebagai zon merah.

Azmin Ali positif COVID-19? Netizen Desak Azmin Tampil Buat Kenyataan!





Spekulasi bertiup kencang di media sosial hari ini mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangkiti Covid-19.

Monday, October 5, 2020

Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Positif COVID-19





Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif C0VID-19.