Saturday, August 22, 2009

6 Tiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang - Khairy Jamaluddin




Strategi pakatan pembangkang dalam menjalani kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Permatang Pasir menampakkan satu pendekatan baru yang intisarinya hampir seratus peratus berkisar pengaiban calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman. Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Haji Hassan, mendakwa Rohaizat mempunyai isteri kedua di Pahang dalam usaha mempersoal lagi keperibadian calon BN. Dakwaan ini sudahpun disangkal oleh saudara Rohaizat sendiri. Tetapi yang peliknya, kalau benar pun saudara Rohaizat mempunyai isteri kedua, mengapa pula PAS mahu membongkarkannya seolah-olah ini suatu perbuatan yang keji di mata PAS? Sejak bila pula PAS menjadi anti-poligami? Saya syorkan Nasrudin berhenti sahaja politik murahan serangan peribadi yang cuba mengaibkan orang lain; akhirnya beliau hanya memperbodohkan diri sendiri.

Memang diakui, selama ini pihak pembangkang tidak pernah segan silu cuba menyerang peribadi calon dari BN dalam mana-mana pilihan raya pun. Namun, kali ini strategi hina ini digunapakai sehinggakan segala persoalan sebenar yang memberi impak kepada rakyat dan pengundi Permatang Pasir ini langsung tidak diendahkan.

Di sini, saya ingin membawa tiga isu besar berkait dengan PRK DUN Permatang Pasir. Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil ini sudahpun diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO. Kami mengesyaki bahawa ada usaha besar-besaran dari pihak PAS untuk memindahkan para pengundi mereka yang dari kawasan-kawasan DAP yang berhampiran ke kawasan PAS (Permatang Pasir). Ini kerana PAS sedar bahawa undi Melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi "setinggan" mereka ini dipindah ke kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Tidak seperti dakwaan-dakwaan pihak lawan, Pemuda UMNO tidak menabur fitnah semata-mata – kami sudah pun menyerahkan bukti fenomena ini. Kelmarin Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang saudara Norman Zahalan membuat laporan rasmi kepada SPR berserta bukti pengundi hantu atau "setinggan" di mana Pemuda UMNO mendapati bahawa terdapat pengundi-pengundi yang didaftarkan di rumah tertentu yang tidak dikenali pun oleh tuan rumah. Adakah PAS begitu takut berlawan dengan UMNO di gelanggang yang rata sehingga perlu menipu untuk menang? Jika tidak, saya menggesa pihak PAS memberi penjelasan mengenai isu ini kerana Pemuda UMNO sudah pun memberi contoh nyata hal pengundi hantu dari PAS.

Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan saya mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"? YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng seperti biasa mengelak dari isu sebenar dan tidak mampu memberi apa-apa jaminan bahawa Tuan Haji Salleh Man akan dilantik selaku wakil PAS dalam Exco Kerajaan Negeri sekiranya menang pada PRK ini.

Usahlah YB "Jeff" Ooi dan konco-konconya dalam DAP mengaburi mata rakyat; tak jemu-jemu mengungkit isu saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak dilantik sebagai Menteri sebagai alasan untuk PAS tidak diwakili dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kanak-kanak di bangku sekolah pun boleh membezakan antara seorang individu seperti saya ini, dan sebuah parti besar seperti PAS yang diketepikan dan diaibkan oleh DAP yang berperanan seakan buli dalam Pakatan Rakyat.

Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini, saya tidak langsung mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat. Apapun kelemahan dan kecacatan kempen pilihan raya BN, sekurang-kurangnya kami menerangkan kepada rakyat intipati perjuangan kami untuk mereka sekiranya menang. YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri sudah menjanjikan status anak emas kepada kawasan Permatang Pasir ini jika BN menang, dengan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan mahupun kemudahan awam yang sememangnya diketagihi kawasan Permatang Pasir.

Apa tidaknya, kalau wakil parti PAS tidak duduk dalam Kerajaan Negeri, mana mungkin DAP mengambil berat kawasan PAS ini. Barangkali dengan kesedaran bahawa beliau tidak mungkin dapat kerusi Exco jika menang, Tuan Haji Salleh Man pun tidak berani menjanjikan apa-apa pembaharuan positif buat penduduk Permatang Pasir – oleh sebab inilah tiada satu pun perancangan pembangunan pro-rakyat yang dihebahkan kepada pengundi. Sebaliknya, PAS lebih suka menyerang keperibadian calon BN kerana ketandusan modal politik yang sebenar.

Tiga persoalan pokok ini telah saya tujukan kepada Pakatan Pembangkang sewaktu ceramah saya semalam di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir. Saya menanti sebarang jawapan dan respon dari pihak pembangkang.

www.rembau.net.my

Friday, August 21, 2009

0 Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Syukur Alhamdullilah, bulan Ramadhan tiba lagi.

Saya Bro Jinggo ingin mengucapkan kepada semua umat Islam diseluruh dunia "Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga setiap amalan yang dikerjakan oleh muslimin & muslimat pada bulan yang mulia ini diberi Tuhan ganjaran yang berlipat ganda, insyaAllah.

Firman Allah dalam Suran Al Baqarah, ayat 184 yang terjemahannya bermaksud,"(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".

Salam Perjuangan

BJ

Thursday, August 20, 2009

1 Jangan guna wang zakat!!!



Sultan Selangor tidak benarkan dana diambil, dipinjam atau disalurkan bagi tujuan lain.

1.Hanya boleh digunakan untuk bantu umat Islam, pembangunan ummah
2.Tidak dibenarkan orang luar campur tangan pengurusan
3.Kutipan setiap tahun perlu diumumkan media
4.Segala perbelanjaan dimaklum pada rakyat.
Read More

Wednesday, August 19, 2009

10 MELAYU PERLU BERSATU

SAHABAT-SAHABAT, BLOGGERS SEPERJUANGAN; DENGARLAH RAYUANKU!!!
MELAYU PERLU BERSATU!!!

Monday, August 17, 2009

4 BN bukan cakap tak serupa bikin...


Barisan Nasional (BN) akan memberi penjelasan berdasarkan fakta kepada pengundi mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Read More

0 Pemuda Barisan Nasional Era baru

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semalam berkata, Pemuda BN perlu ada semangat "era baru" dalam Pemuda BN, beliau menyeru kepada semua Pemuda MIC, Pemuda MCA, dan Pemuda Umno bergabung; bergerak bersama bagi menyelesaikan masalah rakyat. Jika sebelum ini banyak pergerakan dilancarkan Pemuda Barisan secara berasingan, apabila ada mesyuarat atau pilihanraya kecil sahaja baru Pemuda Barisan Nasional(BN) bergabung, oleh itu Pemuda BN perlu bergerak bersama disetiap masa. Read More>>

1 RESOLUSI BPN 7/2009




Resolusi BPN 7 / 2009 : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara kita !!

1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama. Read More>>

Sunday, August 16, 2009

0 Ahli Pas perlu berani tegur pemimpin: Khairy




ROMPIN: Ahli Pas perlu lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam.

Read More>>
 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates