Sunday, August 29, 2010

Pemuda Umno Selangor serah memo kepada MB

Pemuda Umno Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan seorang anggota Parlimen Selangor daripada DAP yang menyampaikan sumbangan dan memberi “tazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Ketua Penerangannya Safarizul Mustafa berkata tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching itu tidak harus dipandang ringan kerana jelas bertentangan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

“Kami memandang serius ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan dalam masjid atau surau di Selangor sebab ia seolah-olah tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam serta boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan memorandum itu di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini.

Safarizul berkata memorandum tiga muka surat itu antara lain mendesak kerajaan Selangor menerusi Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor menyingkirkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat-adat Melayu negeri.
Katanya ini kerana Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, dilihat gagal memberi nasihat kepada wakil rakyat bukan Islam daripada DAP berhubung apa yang dibenarkan dan batasan dalam Islam.

“Pemuda Umno Selangor juga mahu pengerusi, imam dan anggota jawatankuasa Surau Al-Huda yang menjemput dan membenarkan Teo menyampaikan ‘tazkirah’ tanpa tauliah di surau itu dipecat serta-merta,” katanya.

Kita amat kesal dgn sikap kerajaan pakatan yang lansung tidak peka dgn sensetiviti agama apatah lagi PAS yang selama ini mendabik dada mengatakan mereka parti yang menegakan dan mempertahakan islam ternyata hanyalah kuda tunggangan DAP.

PAS meletakan islam sebagai barang dagangan untuk kepentingan politik mereka bila mana mereka gagal mengekang serta menangani isu yang berlaku di surau al huda kajang dan al taqwa selayang. Kita juga mendesak YAB MB agar Dato Hassan Ali dipecat kerana gagal menjalankan tugas serta fungsi sebagai ahli mesyuarat kjaan negeri yang menjaga agama islam.

No comments: