Wednesday, May 26, 2010

Kaji MIC Dalam BN : Pemuda Pandang Serius

Dari Meja Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan bahawa MIC tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS).

Selaku Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), saya telah menghubungi dan bercakap dengan saudara T. Mohan bahawa MIC perlu menghentikan tuduhan-tuduhan liar kononnya UMNO menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden MIC.

Saya juga menegaskan kepada saudara T. Mohan bahawa kenyataannya yang berbaur ugutan untuk keluar dari BN adalah tidak wajar sama sekali, tatkala parti-parti komponen sepatutnya mengukuhkan lagi hubungan sesama sendiri menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Pemuda UMNO sekali lagi menyatakan bahawa UMNO tidak terbabit sama sekali dalam kemelut MIC sepertimana yang dituduh oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Sekiranya MIC mempunyai sebarang krisis dalaman, maka ia merupakan masalah yang perlu cepat diselesaikan sendiri oleh MIC, supaya kita dapat bersama-sama mengukuhkan Barisan Nasional.

Khairy Jamaluddin

[Video] Khairy tamat latihan Wataniah

Khairy tamat latihan Wataniah




RASAH 25 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melakar sejarah apabila berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan selepas sebulan mengikuti kursus tersebut dalam pasukan Askar Wataniah.

Sepanjang tempoh itu, beliau turut mengikuti latihan seperti berkawad, menembak dan merempuh halangan di beberapa kem di negeri ini dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaan beliau dalam pasukan tersebut bukan kerana dorongan politik tetapi mahu berkhidmat untuk negara.

''Tidak ada politik dalam askar kerana ia sudah ditinggalkan di luar pagar apabila saya menjejakkan kaki di sini.

'''Malah saya menjemput Ketua Pemuda Keadilan, Ketua Pemuda Pas dan Ketua Pemuda DAP dan membawa rakan-rakan mereka bagi menyertai saya dalam Askar Wataniah dan mempertahankan negara kita daripada ancaman musuh," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 1/2010 di Kem Rasah di sini, hari ini.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad dan Panglima Briged Pertama Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Abdullah Karim.

Turut hadir menyaksikan Khairy dan seramai 87 orang dalam skuadnya berbaris ialah bekas Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah serta isterinya, Nori Abdullah.

Dalam pada itu, Khairy diumumkan sebagai Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan dan Terbaik Akademik.

Tambah Khairy, beliau berharap rakyat negara ini sama ada Melayu, Cina dan India bersama-sama menyertai pasukan keselamatan kerana ia bukan sahaja dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh malah untuk mempertahankan kedaulatan negara.

"Saya juga berharap kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang baru sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menghantar mereka menyertai Askar Wataniah daripada membiarkan mereka hidup tanpa haluan," katanya.

Khairy yang memegang nombor 6210405 semasa mengikuti latihan itu berkata, beliau akan meneruskan latihan tersebut walaupun mengakui mempunyai kekangan masa sebagai seorang Ahli Parlimen dan ahli politik.

Monday, May 24, 2010

Salam perjuangan sahabat blogger....

Pohon kemaafan kepada semua sahabat blogger dan pembaca sekalian... Sejak kebelakang ini saya jarang membuat posting di laman blog saya.... Bukan tak mahu berblogging lagi.. tapi buat masa ini saya lebih menumpukan perang cyber menerusi laman facebook...

Dengan sukacitanya saya menjemput rakan rakan bloggers tak kiralah dari Pro BN atau puak puak PR berdebat dilaman page saya http://www.facebook.com/pages/Bro-Jinggo/125600177450279?ref=sgm

Semoga Perjuangan kita dirahmati Allah!

Salam Perjuangan

BJ