Friday, December 17, 2010

0 Program JOM One Malaysia Berkhidmat Untuk Rakyat


Program Jelajah One Malaysia (JOM) Pemuda Barisan Nasional (BN) akan bergerak ke beberapa negeri bermula 17 hingga 23 Disember ini dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Penolong Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata program terbabit akan bermula di Terengganu dan seterusnya akan menjelajah negeri Pahang serta Johor termasuk Melaka dan akan berakhir di Negeri Sembilan.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan turut sama menyertai program membaik pulih rumah bersama pergerakan itu di Terengganu nanti.

“Kita telah memilih bahagian tertentu di negeri yang terlibat untuk dijadikan tempat program terbabit. Selain membaik pulih rumah, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan seluruh barisan pergerakan itu akan terlibat menjayakan beberapa program lain yang sedang diatur.

“Program ini adalah kesinambungan daripada program JOM yang telah kita gerakkan di beberapa negeri sebelum ini seperti di Negeri Sembilan, Selangor dan beberapa negeri lain. Insyaallah, kita berharap program ini berjalan lancar,” katanya.

Tambah beliau lagi, selain gerak kerja membaik pulih rumah program tersebut juga akan turut dihiasi dengan beberapa program lain dalam usaha mendekati golongan belia dan kumpulan sasaran lain.

“Kita juga akan adakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan belia-belia, sumbangan kepada pelajar miskin serta sembang petang bersama anak muda.

“Paling menarik, kita juga akan memberikan penjelasan dan penerangan isu-isu semasa menerusi Pentas Pemuda di setiap negeri yang kita kunjungi kelak. Dengan cara ini, kita berharap intitusi Pemuda sebagai jambatan dan mata serta telinga kepada rakyat benar-benar mencapai matlamat,” katanya.

Beliau seterusnya memberitahu, program membaik pulih rumah akan dilaksanakan menerusi kerjasama Giat Mara yang mana memberi ruang kepada pemilik rumah yang usang dan daif untuk diperbaiki sekaligus menjana kehidupan yang selesa kepada penghuni berkenaan.

“Kita tidak akan memilih bulu dan tidak terhad kepada batasan agama serta kaum sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kepada mereka yang layak dan benar-benar tidak mampu untuk membaik pulih rumah yang didiami,” ujarnya.

Sumber – Pemuda Umno

Tuesday, December 14, 2010

0 Laman Website baru Politik Harian


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada pelayar pelayar Internet dan rakan rakan blogger's yang dihormati,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya kini laman blog Politik Harian ini dinaikkan taraf kepada laman web dengan konsep baru.

Laman web berkenaan boleh dilayari melalui alamat http://politikharian.com . Sokongan dan komen membina dialu-alukan.

Sekiranya sahabat sekalian mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mengirimkan artikel sila emailkan kepada editor@politikharian.com

Saya juga memohon kepada sahabat bloggers agar dapat linkkan laman web http://politikharian.com ke laman blog sahabat. Terima kasih

Salam Perjuangan

Bro Jinggo

Monday, December 13, 2010

0 WikiLeaks: Tun M yakin Kuan Yew tahu tentang kegiatan Anwar

Bernama hari ini melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu. Baca Lagi...

0 Selamatkan Malaysia dari siapa sebenarnya?

Masihkah lagi kita ingat ketika menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada bulan Januari lalu, tiba-tiba suhu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) naik mendadak! Baca Lagi...

0 Wikileaks dedah maklumat Anwar memang meliwat Saiful

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berdepan dengan tsunami besar selepas Wikileaks, sebuah laman web antarabangsa muncul dengan mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya Anwar memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya yakni meliwat Saiful Bukhari Azlan. Baca Lagi...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates