Thursday, July 14, 2011

BN Youth Job Fair 2011 Di Pahang Tawar 6,000 Peluang Pekerjaan


Karnival Kerja Pemuda BN 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai ini di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith, di sini bakal menawarkan 6,000 peluang pekerjaan.

Difahamkan karnival berkenaan akan melibatkan penyertaan 150 pelbagai syarikat dan agensi swasta dan kerajaan.

BN Youth Job Fair (Karnival Kerja Pemuda BN) tersebut akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, karnival berkenaan bermula 10 pagi hingga 8 malam.

Syabas kepada Pemuda BN yang prihatin dengan sentiasa mendekati rakyat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukanya...

No comments: