Wednesday, July 13, 2011

Hadi Sengaja Kantoikan Anwar!

(Gambar Anwar tersenyum selepas berjaya menangguhkan kes Jubo Saiful)

Anwar Ibrahim cakap Tok Guru Hadi dilayan teruk semasa ditahan demo bersih sabtu lalu. Tapi Tok Guru sendiri cakap layanan PDRM baik!

Anwar Ibrahim gagal untuk membohongi rakyat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu.

Ia berikutan pengakuan Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan.

Kenyataan tersebut bercanggah dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap.

"Dengan pertolongan Allah SWT, semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa pergi hantar sampai ke rumah. Saya ucap terima kasih banyak. Saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja," katanya.

Kenyataan Hadi tersebut menunjukkan beliau sudah bosan dan meluat dengan pembohongan Anwar!
Anwar berlakon semata mata untuk meraih simpati dari rakyat. Kononnya kerajaan BN dan PDRM zalim!

Pujian harus diberikan kepada Hadi kerana 'ada berani sikit' untuk membongkar penipuan Anwar dan ianya sangat tepat dan sesuai pada waktunya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Anonymous said...

apa lagi pak hadi... anjurkanlah solat hajat berramai untuk dapatkan kebenaran tentang perangai al jubri tu... ala... pak hadi solat hajat sorang pun dah cukup...
p/s aku sabau aje le tengok gelagat al jubri... meluat...