Friday, February 11, 2011

0 Kerajaan PKR Selangor Mahu Tubuh Polis Sendiri Dibantah

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melakukan kesilapan besar jika menyangka penubuhan pasukan keselamatan sendiri mampu menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri berkenaan.

Ini kerana cadangan itu boleh menyebabkan keadaan keselamatan menjadi kelam-kabut apabila ada dua pihak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah dalam satu masa.

Beberapa bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan, tidak perlu bagi kerajaan Selangor menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri memandangkan tiada keperluan untuk berbuat demikian, malah bakal menimbulkan masalah pada masa depan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tanggungjawab mengawal keselamatan dan mencegah jenayah terletak di bawah bidang kuasa PDRM seperti termaktub dalam undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, selain PDRM, beberapa syarikat kawalan keselamatan swasta turut diberi kuasa untuk mengawal keselamatan tetapi bidang kuasa mereka terhad dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

“Selain PDRM dan syarikat kawalan keselamatan swasta, tiada pihak lain diberi kuasa melaksanakan undang-undang mencegah jenayah.

“Sekiranya kerajaan Selangor mahu menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri, ia dikhuatiri boleh menyebabkan keadaan keselamatan bertambah kelam-kabut apabila ada dua pihak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara bertindan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor memohon untuk menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menangani isu jenayah serta mengurangkan kadar jenayah di negeri itu.

Beberapa akhbar dan portal berita sebelum ini melaporkan hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memohon untuk menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri kerana mengikut dakwaannya kadar jenayah di negeri itu semakin meningkat.

Khalid dalam kenyataan medianya kelmarin mendakwa telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon supaya penubuhan pasukan polis tambahan itu dipertimbangkan.

Mengulas lanjut, Musa berkata, penubuhan pasukan keselamatan sendiri bukanlah jalan penyelesaian untuk menangani isu jenayah sebaliknya kerajaan negeri perlu ikhlas bekerjasama dan memberi sokongan kepada polis untuk membendung masalah tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan turut mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor kerana ketika ini rakyat di negeri itu menikmati kehidupan aman apabila bebas keluar rumah pada setiap hari.

“Apakah agenda kerajaan Selangor mahu menubuhkan pasukan keselamatan sendiri?. Adakah keadaan keselamatan di negeri itu betul-betul bergolak?.

“Saya sendiri menetap di Shah Alam, Selangor. Setiap hari, saya bebas keluar rumah dan tidak melihat kegiatan jenayah berlaku dengan berleluasa,” ujarnya.

Menurut Dell Akhbar, sebagai bekas pegawai kanan polis, beliau tahu bagaimana komited pasukan keselamatan itu menjaga keselamatan orang awam sehingga negara berjaya mengekalkan keamanan sehingga kini.

Justeru, tegasnya, rakyat harus yakin terhadap keupayaan PDRM, apatah lagi PDRM melalui kerajaan Pusat sentiasa menambah baik langkah-langkah pencegahan jenayah termasuk mengikut cara kerja inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan penambahan keanggotaan.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Mat Desa mendakwa, kerajaan Selangor sengaja mengemukakan permohonan mahu menubuhkan pasukan polis tambahan sendiri sebagai gimik politik bertujuan menutup kelemahan sendiri.

“Ia hanya gimik politik (kerajaan Selangor). Tujuannya hanya mahu menjatuhkan reputasi PDRM kononnya pasukan keselamatan di bawah kerajaan Pusat gagal melaksanakan tanggungjawab mencegah jenayah dan menjaga keselamatan rakyat.

“Selama ini, PDRM cukup cemerlang dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara termasuk negeri Selangor. Ini terbukti apabila ramai orang berhijrah untuk tinggal di negeri ini, manakala rumah dan peluang pekerjaan bertambah,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Terengganu turut mempersoalkan apa kelebihan negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain sehingga perlu mempunyai pasukan keselamatan sendiri.

Tambahnya, jika Selangor diberi keistimewaan tersebut, tidak hairan langkah itu menjadi ikutan negeri-negeri lain dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana kelam-kabut apabila setiap negeri mempunyai pasukan polis sendiri.

Khalid Ibrahim Patut Rasa Malu

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya berasa malu kepada semua pihak khususnya polis Selangor apabila memohon untuk menubuhkan pasukan keselamatan sendiri bagi menangani isu jenayah di negeri itu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana, beliau (Abdul Khalid) sendiri sedar bahawa perkara yang dibangkitkan itu tidak akan berjaya atau diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata, impian kerajaan Selangor untuk mempunyai pasukan keselamatan sendiri tidak mungkin tercapai kerana mengikut Jadual Kesembilan, Senarai 1 Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa keselamatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah terletak di bawah tanggungjawab serta hak Kerajaan Persekutuan.

“Menteri Besar (Selangor) sepatutnya berasa malu kepada semua pihak khususnya polis di Selangor apabila membangkitkan perkara yang dia sudah tahu tidak akan berjaya (diluluskan).

“Apa yang dibuat sama macam usul pindaan kononnya mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi baru-baru ini,” katanya. -Politik Harian

Thursday, February 10, 2011

0 Live Twitter Blogger di Utusan Online


Terima kasih kepada Utusan Online kerana sudi tagging timeline twitter saya @brojinggo dan rakan blogger yang lain di laman web mereka klik disini. Syabas diucapkan kepada blogger yang terpilih @panglima_cyber @pisaudotnet @xrockybrux @JebatMustDie .

Twitter merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia, mengikut analisa trafik web Alexa. Perkhidmatan micro-blogging Twitter disifatkan sebagai SMS untuk Internet paling berkesan kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.

Kepada rakan blogger yang mempunyai micro blog twitter bolehlah add twitter saya @brojinggo , saya juga akan mempromosikan artikel sahabat melalui twitter dengan cara kirimkan artikel sahabat ke alamat editor@politikharian.com untuk disiarkan dilaman web www.politikharian.com . Semoga perjuangan kita dirahmati allah.

Salam Perjuangan.

P/S: tolong linkkan www.politikharian.com di blog sahabat :D
 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates