Saturday, June 25, 2011

14 Patriot - Malaysia Tanahairku

Semua rakyat Malaysia yang;

- Sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.

- Mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik
- Bersikap konstruktif, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan

- Menolak budaya politik jalanan dan hostile serta menyelar sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan terhadap rakyat dan mengakibatkan kekacauan melanda negara
.
Kenapa? Matlamat?

Terdapat pihak yang sanggup melakukan dan mempolitikkan apa saja tanpa mengambil kira keamanan dan keamanan negara, keharmonian kaum dan agama, keselesaan rakyat, pendapatan pemandu teksi dan peniaga kecil, nama baik dan keyakinan terhadap ekonomi dalam negara demi mencapai maksud politik dan kumpulan yang sempit.

Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia

Bagi tujuan 9 Julai 2011, matlamat utama Patriot adalah untuk;

Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran Negara

Membawa sebanyak mungkin suara rakyat Malaysia, terutama suara majoriti senyap agar pandangan dan kehendak mereka dapat dirasai oleh pemimpin dan rakyat negara ini

Bagaimana?

Menyampaikan pandangan majoriti senyap rakyat Malaysia kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak yang berkaitan tentang:

Sistem Pilihan Raya di negara ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya
Muslihat Bersih dan pendekatan jalanan mereka

Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia agar suara mereka yang berkecuali dapat dirasai.

Berusaha sebaik mungkin untuk memastikan keselesaan orang ramai tidak terganggu semasa himpunan ini.

Berusaha untuk melindungi golongan-golongan seperti peniaga, pemilik gerai dan pemandu teksi agar mata perncarian mereka tidak terjejas dan harta benda mereka mengalami kemusnahan setiap kali demonstrasi jalanan berlaku.

-http://patriotmalaysia.blogspot.com/

Thursday, June 23, 2011

1 Check this video out - Sidang Media KJ : Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE)


 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates