Monday, March 5, 2012

1 DS Najib Sedia Debat


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, bahawa sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Jika saya tidak boleh menerima hakikat ini, maknanya saya telah buat pilihan kerjaya yang salah.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah,” katanya dalam entri terbaru bertajuk “Kebenaran Mengenai Malaysia” dalam blog beliau di www.1malaysia.com.my.

Bagaimanapun, Najib berkata, ada satu garis di mana perdebatan demokratik berakhir dan digantikan pula dengan penyalahgunaan, penipuan dan penyalahgambaran.

"Mereka yang serius mengenai masa depan negara kita harus cuba untuk tidak menyeberangi garisan ini,” katanya. -Bernama

1 comments:

Muhammad Naguib bin Kaharudin said...

Hebat PM kita nie...lembut mohon maaf tapi pantang dicabar..jelas darah pendekar mengalir... dalam kelembutan kalau teruk difitnah beliau lantang menyahut...

http://gombakgempur.blogspot.com/2012/03/anwar-ibrahim-0-yab-pm-dato-seri-najib.html?utm_source=BP_recent

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates