Tuesday, July 31, 2012

Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – Karpal Singh


Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud. Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu.

Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud. Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi ‘pejuang hudud’ dan Negara Islam. Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.

Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.

Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’ PAS.

Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.

Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.

Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.

Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.

Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.

Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.

1 comment:

Mahir Minda said...

PR gagal ke Putrajaya kerana undi orang Melayu telah kembali kepada BN (UMNO), Kenapa undi orang Melayu kembali kepada BN. Ada 3 sebab utama

1. Isu kalimah Allah dalam Bible. PR tidak menghalang penggunaan kalimah Allah didalam Bible. Sebaliknya UMNO begitu tegas dan konsisten menentang penggunaan Allah didalam Bible
2. Isu sandiwara Lahat Datu. Dakwaan pencerobohan Lahat Datu yang dikatakan satu sandiwara UMNO sangat mengguris hati orang Melayu. Ini adalah kerana anggota keselamatan yang terbunuh terdiri dari orang Melayu.
3. Isu Timbalan Perdana Menteri. Ada ura-ura Lim Kit Sian akan dilantik sebagai TPM kedua jika PR berjaya ke Putrajaya. Ini bukan sahaja menimbul rasa kurang senang dihati orang Melayu malah kepada bangsa-bangsa lain termasuk bumiputra Sabah dan Serawak. Ura-ura ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Cina berduyun-duyun mengundi DAP dengan harapan orang Cina dapat jadi TPM

KESIMPULAN

Kebanyakan pengundi atas pagar adalah orang Melayu. Pengundi-pengundi inilah yang telah memberi kemenangan kepada calu-calun PR yang menang pada pilihan raya yang lalu. Apabila mereka ini beralih arah semula kepada BN, akibatnya ramai calun PR yang dulunya menang dikawasan Melayu tetapi kali ini tewas. Sikap terlalu ghairah memancing undi orang Cina dan mengabaikan sentiment orang Melayu telah menyebabkan PR kehilangan undi orang Melayu/Bumiputra. Ibarat kata pepatah YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN.

Bagi parti Politik lain kali kalau nak menang pilihanraya jangan mainkan isu ini:

1. Agama Islam
2. Pengorbanan orang Melayu dalam mempertahankan Negara. (Mat Sabu tewas kerana memainkan isu Mat Indra)
3. Ketua Negara PM dan TPM tidak boleh disentuh mesti dipegang oleh orang Melayu / Islam