Tuesday, July 10, 2012

2 Pentas Pemuda: Tsunami Biru BN Gempur Pembangkang di KL


Pemuda BN melancarkan siri ceramah Pentas Pemuda yang mana Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata ia boleh mencetuskan gelombang tsunami untuk merampas semula kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Khairy, majlis di Wangsa Maju itu merupakan parlimen pertama daripada lapan bahagian yang menjadi fokus Pemuda selama dua minggu, di mana BN hanya memenangi satu kerusi daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"Kita tak mahu jadi jaguh kampung, di luar bandar BN kuat. Pembangkang kata KL kubu kuat pembangkang jadi kita pilih pentas pemuda pertama di Wangsa maju. Nak beri isyarat (kepada Pakatan) kawasan di KL tak selamat, menang tipis. Lembah Pantai tipis, Titiwangsa tipis.

"Tranformasi Datuk Seri Najib sejak 2008 bermakna tsunami baru dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan lebih 300 hadirin.

Khairy berkata BN tidak harus "hilang punca" dengan kekalahan Kuala Lumpur, sebaliknya menjadikannya sebagai satu kayu ukur demi kejayaan BN dalam pilihan raya umum akan datang.-Mkini

2 comments:

Anonymous said...

Di bndr2 BN tk blh nk kelentong bro.Di luar bandar blh le nk kelentong tnpa BN tiada pembangunan.Di bndar,ada ke tk ada BN pembangunan tetap di jalan kn.Klau nak ikut kn lojik org2 BN,KL msh lg hutan belantara,bro

Pedang Sibuti said...

Salam tuan mohon pautkan link kami dari Sarawak, sibuti-selamanya.blogspot.com. Terima kasih

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates