Friday, July 6, 2012

5 Sukar Mencari Calon: Tanda-tanda Kekalahan Pembangkang


Di kala Barisan Nasional semakin bersemangat menunggu pilihanraya, parti-parti pembangkang terutamanya PKR kelihatan resah gelisah. Malah, keresahan mereka terserlah apabila Ketua mereka sendiri iaitu, Anwar Ibrahim menyatakan yang beliau sanggup bersara jika kalah dalam PRU ini, sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).

Bagaimana PKR boleh mengharapkan kemenangan jika mencari calon yang sesuai dan layak juga amat sukar sekali? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding sejumlah 66 kerusi dalam PRU ke-13 ini, dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

Kedah – 7

Pulau Pinang – 4

Perak – 9

Selangor – 11

Terengganu – 1

Kelantan – 3

Pahang - 4

Johor - 4

Melaka - 1

Negeri Sembilan – 2

Wilayah Persekutuan – 5

Sabah – 8

Sarawak – 7


Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dan banyak meraih undi Melayu.

Tetapi, pendekatan liberal PKR yang semakin menyerlah kini nampaknya telah menyukarkan parti ini meraih undi kaum Melayu. Manakala masyarakat Cina lebih selesa dengan DAP dari PKR. Masyarakat India pula, ramai yang telah serik ditipu dan diberi harapan palsu oleh PKR lalu bertindak menolak parti itu. Justeru, mahu tidak mahu, PKR terpaksa bergantung kepada undi masyarakat Cina dalam PRU ke-13 nanti.

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa daripada 66 kerusi yang bakal mereka tandingi, hanya 14 calon Melayu dan 8 calon dari lain-lain kaum, yang dapat dimuktamadkan. 25 kerusi pula masih di dalam dilemma dalam meletakkan calon. Sekurang-kurangnya 5 kerusi mengalami pertindihan dengan PAS dan DAP. Di masa yang sama juga, PKR langsung tidak punya ‘calon pilihan’ mahupun ‘calon dalam pertimbangan’ untuk 19 kerusi lain.

Ini bermakna daripada 66 kerusi, hanya 22 sahaja yang dapat dimuktamadkan sementara 44 yang lain masih lagi samar. Ini menunjukkan betapa sukarnya PKR untuk mencari calon yang sesuai, jauh sekali yang layak dan mampu menang untuk menghadapi pilihanraya kali ini.

Lebih buruk lagi, Anwar sendiri dikatakan masih mengalami dilemma sama ada untuk bertanding di Permatang Pauh, kubu kuatnya, atau di Nibong Tebal yang dikatakan memberi jaminan yang lebih baik untuk menang. Anwar dikatakan sedar bahawa sokongan rakyat Permatang Pauh terhadapnya telah merosot teruk sehinggakan ceramah-ceramahnya di sana tidak lagi mendapat sambutan.

Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri, ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin pendek. Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini.

Dengan Ketua yang sebegitu lemah, PAS dan DAP turut terheret sama. PAS sebelum ini membayangkan akan bertanding 80 kerusi berbanding hanya 67 kerusi pada PRU yang lalu. Namun, keinginan PAS untuk menjadi parti dominan dalam kabinet Pakatan Rakyat pastinya tidak disenangi DAP dan PKR. Dan seperti biasa PAS akhirnya akan terpaksa akur atas apa saja keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR.

Jika ini berlaku, maka DAP akhirnya akan menjadi parti dominan secara nyata dengan 89 kerusi mutlak untuk partinya, berbanding PKR 66 kerusi dan PAS 67 kerusi. Ini bermakna, puak rasis dan chauvinis DAP akan lebih mudah untuk meratah kaum-kaum lain andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi PRU nanti.

Nasib kaum-kaum bukan Cina di Malaysia, jatidiri bangsa Malaysia yang kita impikan, serta identiti Malaysia itu sendiri pasti berada dalam risiko terhapus sama sekali di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat yang didominasi DAP.

Maka, senario ini juga merupakan faktor yang bakal membawa kekalahan kepada Pakatan Rakyat.

5 comments:

Anonymous said...

lyan lh perasaan ahli UMNO yg sdg gundah gulana tu.Sdap kn lh hati mrk.Br kobar2.Pergh..Smpai la ni tk bubar2 lg.Permatang Pauh bro,bayang Anwar pun tk mampu di tumbang kn oleh BN.Bawa lh semua sub-kotraktor2 UMNO yg mncari mkn dgn menjaja lendir2 kehulu kehilir.PP tetap milik Anwar Ibrahim

mk said...

Saya anak jati Penang, lahir di Penang, membesar dalam Penang dan bekerja serta menetap dalam Penang. Rakan rakan saya yang majoriti nya merupakan penyokong tegar Anwar pada PRU12 dulu sudah ramai yang berpaling tadah bahkan membenci Anwar. Ramai dikalangan mereka ini adalah ahli dan para penyokong tegar PAS dan masih ahli PAS tapi sudah menyatakan pendirian mereka untuk memastikan Anwar dan PR tewas pada PRU13 nanti. Secara am nya sentimen anti PR meluak luak di Penang kerana nampak sangat yang orang orang melayu dan india semakin terpinggir gara gara Guan Eng dan kroni kroni beliau. PRU 13 pasti bakal melihat banyak kejutan di terutamanya di Pulau Mutiara dan kejutan ini dilakukan sendiri oleh ahli ahli serta penyokong parti PAS dan PKR. Sama sama kita tunggu PRU 13 nanti...

anti bohmau said...

Tuan,
"Apabila seseorang politikus sudah hilang sokongan di kawasannya sendiri, ia sekali gus menunjukkan yang riwayat politik mereka semakin PUNDEK!! Mungkin kerana inilah Anwar sudah mula membayangkan persaraannya dari arena politik jika kalah dalam PRU kali ini."

elokla nwar cepat2 bersara krn nnt banyak pula yg tertunjuk!!! hik hik

specialshowtoday said...

hi! friend ,now i want to exchange with you
this is my blog .
http://khmernews-specialshowtoday.blogspot.com/
if you okay with me , please send my , amokpongthom@gmail.com

DevvenKumar said...

hi blogger kalian...please add my blog to ur link..tq
http://devvenkumar.blogspot.com/2012/07/soal-jawab-pasal-anwar.html

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates