Friday, August 3, 2012

9 Hudud: PAS Seperti Anjing Menyalak Bukit



Seharusnya kita mengangkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana berani menempelak Karpal Singh dalam isu hudud tetapi malangnya, kita tidak merasa yang beliau yang layak menerimanya. Bagaimana kita boleh memberi tabik hormat kepada seorang yang tidak punya pendirian?

Umum tahu bahawa DAP bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS kerana PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud. Jika tidak, kerjasama kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin direalisasikan.

Jadi, mungkinkah Mohd Nor Hamzah terlepas pandang bahawa PAS telah menggadaikan hudud lama dahulu, manakala Karpal Singh pula tidak pernah berganjak dari pendiriannya?

Jika benar pendirian PAS mengenai hudud adalah tetap, tidak berubah dan nekad ingin melaksanakannya, kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan Karpal yang sanggup mati dan membiar mayatnya dilangkah semata-mata menentang hudud dan Negara Islam?

Bahagian manakah dalam kata-kata Karpal atau DAP mengenai hudud yang PAS tersilap faham atau tidak faham langsung? Kenapa baru hari ini, dan saat ini si Mohd Nor Hamzah nak melenting dan menyuruh Karpal berhenti?

Atau apakah ketika memeterai persetujuan untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dahulu, PAS sememangnya berniat untuk menipu DAP dan PKR konon bersedia menggugurkan hudud dan Negara Islam tetapi sebenarnya tidak berniat begitu?

Sebenarnya, soal hudud tidak ada kena mengena dengan pandangan Karpal yang maju ke depan atau terkebelakang seperti tempelak Mohd Nor.

Yang menjadi persoalan kini bukan hudud, tetapi PAS. Masyarakat perlukan kepastian apakah PAS sebuah parti penipu atau sekadar tidak tetap pendirian? Walau apapun, sama ada PAS penipu atau tidak tetap pendirian, kedua-duanya adalah sifat munafik yang tidak wajar dihormati, jauh sekali dilantik sebagai pemerintah.

Ini kerana pendirian atau prinsip melambangkan maruah. Manusia tanpa prinsip boleh dijual-beli serta tidak harus dipercayai. Apatah lagi jika prinsip yang dilaungkan mereka berkisar soal hukum hakam agama. Begitu juga manusia yang suka menipu, bukan sahaja tidak wajar dihormati, tetapi tidak harus dijadikan kawan sekali pun.

Rakyat dan negara pasti tidak akan selamat jika diperintah oleh parti yang tidak punya maruah dan penipu seperti PAS.

Bagi seorang pemimpin kecil di dalam PAS untuk menyuruh pemimpin besar di dalam DAP meletak jawatan kerana PAS memilih untuk membuat U-turn adalah tidak masuk akal sama sekali.

Lagipun, pendirian Karpal bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti. Justeru adalah lebih sesuai jika Mohd Nor menyuruh DAP keluar dari PR, daripada menyuruh Karpal meletak jawatan.

Tetapi adalah jauh lebih bermaruah jika PAS yang memberi kata dua untuk keluar dari PR jika DAP terus menerus menentang hudud.

Atau lebih baik lagi jika Mohd Nor sendiri memberi kata dua kepada PAS untuk keluar parti jika terus bersekongkol dengan DAP. Jika ini berlaku, maka barulah layak Mohd Nor menerima tabik hormat dari kita.

Kita tahu PAS meletakkan politik mengatasi agama dan PAS tidak pernah berniat pun untuk benar-benar melaksanakan hudud. Malah ‘pertengkaran’ dengan DAP ini juga tidak mustahil hanya strategi PAS untuk ‘memujuk’ hati umat Islam dan strategi DAP untuk mengekalkan sokongan bukan Islam. Untuk itu mereka akan saling menyalak sesama sendiri sementara menunggu keputusan PRU. Hudud, hanyalah bahan kempen dan publisiti - tidak lebih dari itu.

9 comments:

Anonymous said...

Orang Islam Umno pun tolak ko tak kecoh pun.

Karpal mmg patut pun tolak sbb dia kafir

Anonymous said...

YB Johor nak Hudud... sekali Coi soi lek "porn" kata Umno gila.. terus senyap... terus sorok keris UMNO tu... kakkaa.. cakap je org lebih

Anonymous said...

Puak PAS masih lg x mengaku, dlm PAS pun dah x de hudud. Di kelatan hukum hudud dh diluluskan. tp smpai sekarang pun kecut nak laksanakan. dh lah PAS hoi. cakap mcm sial.

Anonymous said...

Tak yah putar2 la..hudud ni nak wat ke taknak?mcm mana nak buat kalau DAP tak setuju?apa matlamat puak pas sebenarnya?

Anonymous said...

Pendekatan UMNO terhadap hukum Hudud baru diterima pemimpin PAS.

Hj Hadi ada mengeluarkan kenyataan bahawa buat masa sekarang.., tumpuan Pas adalah membina negara berkebajikan. Kemiskinan harus diselesaikan dahalu sebelum hukum Hudud dapat dilaksanakan.

Pas sudah telewat 55 tahun memikirkan hal ini..!!

Selama ini Pas yang menuduh UMNO menolak Hudud.., hingga para pengikut2 Pas turut sama mewar-warkan fitnah ini.; sedangkan pemimpin2 Pas sekarang sudah berani menyatakan bahawa Hudud BUKAN keutamaan pada masa ini. UMNO dah kata benda tu lamaaaa dah..!

UMNO BUKAN tolak Hudud... Soalnya adalah BUKAN SEKARANG, sepertimana Presiden Pas tu ngaku pada masa ini.!

Puak2 Pas ni ramai yang otak slow sikit..!

Anonymous said...

Kalau Hudud boleh liwat isteri..... macamana tak tolak pulak. Itu belum kes pompuan yg dihukum zina kerana tiada 4 saksi dia dirogol. Ni mesti tak baca surat Tun Dr M kepada TGNA ni. Lagi satu cuba jelaskan pengertian Bersetuju untuk tidak bersetuju Hudud dijadikan agenda utama dalam PRU 13 nanti. Buku Jingga ada sebut soal Hudud?

Anonymous said...

PR bersetuju untuk TIDAK BERSETUJU menerima hudud sebagai ajenda utama - suatu pernyataan putar belit yang tidak difahami oleh pengikut2 Pas totok.

Kering2 kena tipu pun, buat2 tak faham jugak. Memang dasar pelacur politik..!!

Anonymous said...

Hukum Allah jika dipolitikan, musibah yang akan diterima. Kononya ularmak dan cerdik pandai pas mengexplotasikan HUDUD sebagai satu sahaja kewajiban dalam islam, sudah berdekat kebebalan pas bertambah menyerlah. sekejap sibuk hudud lepas tu sunyi sepi seirama dengan sambutan pengikutnya. hendak menegakkan hukum mengikut musim, dihadapan orang islam cukup keras cakap pas tentang hudud. bila berhadapan dengan orang kafir lebih-lebih lagi depan karpal singh semua konek dan telor orang pas kecut. semua hukum allah bolih dipusing-pusing, satu masa nanti quraan pon akan dipinda ikut nafsu pas.

pas tidak pernah mendifinasikan bagaimana pelaksanaan hudud itu sendiri, supaya yang jahil akan mendapat pelajaran dan isu-isu hudud bolih dibahaskan secara terbuka. tidak hanya menuduh kerajaan zalim kerana tidak laksana hukum hudud.

pas selalu syuk sendiri hendak mendahului segala hukum ikut acuan yang sempit; contoh terdekat, bertahun-tahun Tilawah Alquraan peserta wanita tidak dibenarkan, sedangkan negara-negara islam dari serata dunia tetap menghantar peserta setiap tahun kenegara ini. takada satu model yang diharap menjadi contoh pas penegak islam negara ini.
##pas cuma jual islam jadi parti##

Contoh kerajaan menegak islam;
1. University Islam Malaysia
2. Kolej Islam
3. Sekolah menengah Islam
4. Bank Islam
5. Perbankan & Pajakdagai Islam
6. Takaful Islam
7. TV & Radio islam
8. Jabatan kemajuan islam
dan banyak lagi hasil yang dijayakan kerajaan dalam menaikan martabat islam dinegara ini.
kerajaan berkerja sepanjang masa dengan cara berhemah, tidak mendabik dada dan tidak mengeluarkan kata-kata SAMPAH dan tidak BERTAMADUN seperti kebanyakan aturcara pembangkang.

Anonymous said...

Sokong hudud!sebat mat sabu 80x sbb tuduh anwar aljuburi meliwat tanpa 4 saksi mase anwar jd tpm dulu.takbir!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates