Tuesday, September 4, 2012

7 Apa Motif PR Cadangkan Bendera Ala Komunis?


Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-
benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang
PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai
penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan
penafian Anwar terkantoi.

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta
seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua
Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah
Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada
Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia,
Malaysia dan Brunei.

Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan
Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti
berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung
dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan
Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya
(Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA)
yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya
menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang
dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah
Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.

Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula
dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis
Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat
kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia –
Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu
kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.


Sang Saka Merah Putih

Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning.

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?

Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.

Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula.

Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu
menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan
Melayu rantau ini?

Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita
sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia.

Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini. PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.

7 comments:

Anonymous said...

Sekarang sudah zaman moden. Siape bodoh macam penulis percaya sangat propaganda zaman silam ni. Adoih bodoh sangat! Patutlah rakyat tolak BN=Bodoh Nyanyok

ELDIFASO said...

anoy-1:05pm - ko la bodoh..jenis melayu zaman komunis dulu kot...dangkal sangat..taksub pun berpada pada...tak semua org bodoh nak menilai...cukuplah pemikiran ko diliwat anwar...anwar time nie gila nak jadi pm..macam macam dia buat..masa dalam kerajaan dulu..apa pun dia tak buat..kesian jadi perkakas anwar je..

pillpuss@yahoo.com said...

pru 13 umnobn, wajib dilupuskan, abu......

Anonymous said...

eldifaso,semua krj DSAI dh di padam oleh UMNO.DSAI di gmbr kn se olah2 tk pernah membuat kebaikan.Jd ko yg baru mengenali dunia mana nk tau.Sama juga dgn pejuang kemerdekaan sprt Pak Sako,Dr. Burhanuddin,Ahmad Boestamam dn Abu Bakar Baqir.Ada ke di catat kn dlm sejarah Malaysia.Di hilang kn dr khalayak.Sdg kn mereka juga berjuang.

Anonymous said...

Saka Penyaka? Do not change the flag http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/08/bendera-malaysia-yang-sebenar.html

Anonymous said...

Mula2 dapat tahu pasal isu bendera ni sedikit sebanyak bengang gila jugak la aku. Tawar hati jugak la pada PR. Betul ke PR nak tukar bendera? Gila ke apa? Tapi bila tgk komen2, banyak pulak perkara yg sebelum ni tak tahu jadi tahulah pulak. W/pun tak semestinya perlu di tukar bendera tu, tapi ada rahsia lain yg tersembunyi di balik tabir2 sejarah rupanya. Aku juga ada terjumpa berkenaan “sapa” yg approve rupa bentuk bendera kita. Takpe aku akan carik lagi sumber2 lain dan bahan pembacaan. Kepada pihak PR tolong lah jgn buat kerja2 mcm ni dgn tidak nyatakan sbb terlebih dahulu pada masa akan datang. Suspen siot. Mati2 aku ingat korang dah tak waras. Tapi aku tetap marah pada ketidaksiuman orang2 cina yg biadap tu. Wahai kaum cina, korang kena ingat satu perkara tentang Melayu. Orang Melayu ni tak kira dari parti mana pun, klu di kurang ajarkan oleh bangsa lain w/pun dlm parti sama, kami org2 Melayu akan tetap belasah kau. Nak dapat sokongan rakyat dan nak lawan politik, lawan dengan cara yg betul dan menyakinkan, bukan pijak dan tunjuk kan bontot korang kat gambar najib tu. Klu Dap bijak, jgn dibela amoi tu. Kepada pihak polis jgnlah berdendam dgn membelasah amoi tu pulak ye. Di bimbangi imej korang dan kerajaan akan lebih teruk tercemar. Biarlah mahkamah yg menentukan...Salam Merdeka

Anonymous said...

tp harus ke menukarkan bendera rakyat? ini bukan maruah parti BN mahupun PR. ini maruah negara, mana sifat patriotik kalau bendera sendiri pon diubahnya. apa salah benndera tu?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates