Monday, March 25, 2013

6 Airmata Kebanggaan, Kesayuan Iringi Sambutan Hari Polis Ke- 206




Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.

Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.

Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sambutan Hari Polis, yang bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.

Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis. – Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Si Ajip ni pandai bermuka2 sahaja.
Dia orng yang cari pasal...
Dia orang yang "kencing" orang Sulu...
Anggota keselamatan pulak yang dijadi mangsa.

Pandai sungguh si Ajip ni berlakon...
Memang dasar manusia MUNAFIK

Far Lungeng said...

Tolong beri bukti Najib kencing orang Sulu. Di Malaysia ni ramai orang Sulu yg bangga jadi rakyat Malaysia. Tuduhan tu akan dibawa ke padang mahsyar utk diadili. Jangan sampai bangkrap amalan kat sana bro. Mana lagi munafik sekejap kata orang kristian boleh guna nama Allah dlm kitab versi melayu mereka..tapi bila kena sergah dgn dewan ulama..dengan muka tak malunya buat U turn. Mana lagi munafik..tak mengaku toron china doll..tapi sampai la tak boleh tunjuk jam omega yg dah kena kebas dengan china doll tu. Agak-agaklah klau nak bodohkan orang. Tak semua orang Malaysia bodoh macam ko ngan pencacai-pencacai bangkrap modal PR tu.

Anonymous said...

ORANG SABAHAN TAHU KERJA-KERJA STUPID UMNO PADA ORANG SULU.
YA...BENAR KATA SI ANON 9:51 TU.
NAJIS & THE GANG TALAH KENCING ORANG2 SULU.

U CAN CHEAT OTHER PEOPLES BUT YOU CANNOT CHEAT SABAHAN PEOPLES.



Anonymous said...

Ada orang radio tanya seorang pemimpin di negeri Pasir Sebutir dengan 4 Soalan yang berkaitan homosexual dan bisexual yang hanya perlu di jawab 'Yes' atau 'No'. Punyalah bangang dan bengapnya pemimpin dok pi kona sana..kona sini..berjela-jela tapi tak jawab soalan. Khabarnya pemimpin tu tengah cari jam Omega yg hilang semasa wat kerja ngan amoi. Klau ada terjumpa jam serupa itu dimana-mana pasar karat..tolong beri pada Presiden atau Naib Presiden parti dia. Maklumlah tiga-tiga tu anak beranak. Parti anak beranak. Sebab dia ni dah terdesak dan kemaruk sangat nak jadi PM.

Anonymous said...

Weiiii Anon 10:17

Kau tunjukkan kat akukejap, ayat mana dlm al-quran yagn mengatakan orang kafir tak boleh guna nama Allah dalam kitab mereka?

Kau dah lupa ka yg Menteri yang kau agung2kau tu pada 19 Jan. 2010, telah mengeluarkan surat kebenaran ie "Negari2 tiada sultan boleh guna Kalimah Allah"

APASAL KAU MENYEPI JA PADA MASA TU...????

Anonymous said...

THE TIME WILL COME.
WE AS A SABAHAN PEOPLES WILL ENSURE UMNO NO LONGER IN SABAH.
WE WANT UMNO QUIT FROM SABAH.
WE HATE UMNO.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates