Sunday, March 24, 2013

Kerajaan N.Sembilan Masih Sah Walau DUN Terbubar Selasa Ini



PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik, Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.

Katanya jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar sementara kehakiman dan pentadbiran masih ada dan perlu dijalankan.

"Kita mengamalkan pemisahan kuasa dan apabila sampai tarikh itu (26 Mac)hanya DUN iaitu perundangan yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada pesara tentera dan merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur di Kem Sunggala, di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 26 Mac, seperti disiarkan beberapa portal berita pembangkang, baru-baru ini.

Mohamad berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan serta mencetuskan kebimbangan rakyat.

Katanya selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul.

"Jangan suntuk sangat pandangan. Memang benar dia (Abdul Aziz) adalah pakar perundangan dan perlembagaan tetapi dia tidak nampak di sebalik apa yang sepatutnya diadakan iaitu kerajaan sementara," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Selasa ini apabila mencapai tempoh genap lima tahun iaitu bermula persidangan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pada majlis berkenaan, seramai 30 bekas tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat pertama dan kedua menerima pingat PJM yang disampaikan Mohamad mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

-Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Mandat dh habis Bro,yg ada cuma caretaker goverment je.Kerajaan yg ada tidak boleh lg membuat sebarang keputusan,tidak boleh mengeluar kn perbelanjaan lg.Caretaker Goverment cuma blh menjalan kn rutin biasa sementara menunggu mandat baru.Yg lebih lucu ny,dlm BN mengata kn mereka di sokong oleh rakyat tp msh takut utk membubar kn parlimen dn mencatat kn sejarah buat pertama kali ny dlm 55 tahun DUN dn PARLIMEN di bubar krn kehabisan mandat.

Anonymous said...

Satu kenyataan yang bodoh Oleh anon 906. Kenapa tidak Tanya kerajaan Di Kelantan. , Penang dan Selangor yang juga boleh bubarkan tanpa pembubran Parlimen,?

Anonymous said...

Satu kenyataan yang bodoh Oleh anon 906. Kenapa tidak Tanya kerajaan Di Kelantan. , Penang dan Selangor yang juga boleh bubarkan tanpa pembubran Parlimen,?

Anonymous said...

PENJILAT2 PUNGGUNG MAFIA NAJIS AKAN TINGGAL KENANGAN LEPAS PRU-13 NANTI.
KENANGAN KERANA MEROMPAK HARTA NEGARA...HARTA RAKYAT.