Monday, March 25, 2013

5 Pemecatan Anwar Bukan Konspirasi Tetapi Realiti


Pendedahan rakaman video wawancara khas bertajuk ‘Pemecatan Anwar bukan konspirasi tetapi realiti’ disiarkan di laman Youtube baru – baru ini. Rakaman video durasi 9.42 minit dengan mempunyai suara latar itu turut mendedahkan siapa diri Anwar yang sebenarnya diikuti segmen wawancara khas dengan beberapa pemimpin politik tanahair termasuk ahli akademik.

Video url: http://youtu.be/Qc75BtopcHo


Transkrip oleh SGB - Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Sidek Baba turut melahirkan perasaan kehairanan dengan sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berikutan pendedahan mereka menyatakan Anwar seorang homoseksual.

Menurut Dr Sidek maklumat itu diperolehi daripada sebuah buku biografi yang ditulis oleh Tun M ‘A Doctor In The House’ dan juga kenyataan Kuan Yew pernah disiarkan di laman Wikileaks.

“Saya ada terbaca buku Tun Mahathir, soal integriti mengapa Anwar tidak saman Mahathir, di kalangan orang tertentu yang membuat pendedahan hubungan skandal dengan Anwar sepatutnya mesti disaman.

“Saya masih ingat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew pernah bercakap dan membuat kenyataan dalam Wikileaks di mana dia mempunyai bukti yang cukup tentang apa yang Anwar buat, harus disaman, ini soal integriti. Apa yang bermain di fikiran saya apabila ada isu contohnya Anwar tidak saman tidak ambil tindakan,” katanya dalam satu rakaman video wawancara khas ‘Pemecatan Anwar bukan konspirasi tetapi realiti’ disiarkan di laman Youtube.

Difahamkan, rakaman video itu mendedahkan Anwar mendakwa dirinya sebagai pejuang kemerdekaan Afrika Selatan Nelson Mandela atau Aung Suu kii di Myanmar.

Malah, majalah tabloid Newsweek pernah menamakan Anwar sebagai Asian Of The Year. Sehingga ke hari ini masih ramai yang percaya Anwar dengan imej diri yang diperkenalkannya. Anwar seorang Narcisist yang sebenar, dia percaya mempunyai tempat khas di alam semesta ini, tetapi beliau bukanlah dirinya sebenar seperti yang gambarkannya.

Pada tahun 1998, pemimpin pembangkang terulung, Karpal Singh menuduh Anwar seorang homoseksual melakukan liwat dan mempunyai hubungan seks dengan lelaki dan perempuan selain dari isterinya. Dalam satu sidang akhbar, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mendesak Tun Dr Mahathir supaya memecat Anwar dan mempersoalkan mengapa beliau dibiarkan begitu sahaja masih kekal dalam kabinetnya.

Namun Tun M tidak percayainya sama juga seperti beliau tidak mempercayai Anwar akan mencabarnya. Sepucuk surat ditulis Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar pada waktu itu meminta Anwar supaya tidak meneruskan langkah meminta Mahathir meletakkan jawatan ketika krisis kewangan terjadi di negara ini satu ketika dahulu.

”Dia (Anwar) tidak menjawab surat saya yang dihantar pada Mac 2002, tetapi selepas beberapa bulan dia jawab juga dalam bentuk surat yang tertulis yang begitu kasar bahasa digunakan.

”Anwar menafikan segalanya memang itu stail beliau dan mengecam saya dengan macam macam frasa sindiran. Saya tak jawab surat kerana ini menganggap bahawa ini adalah perasaan yang diluahkan oleh seorang individu yang tidak rasional, tidak ada hujah mempertahankan pendirian tanpa hujah kukuh,” jelasnya.

Menyentuh mengenai Anwar seorang homoseksual, Dr Chandra memberitahu pernah bertanya kepadad Anwar secara terus terang di mahkamah.

“Saya tanya beliau secara terus terang masa itu dia bersama kawan lain di mahkamah masa perbicaraan Anwar. Saya tanya beliau adakah ini benar dan beliau menafikan. kita percaya pada masa itu ketika beliau menafikan adalah satu sebahagian daripada konspirasi besar.

“Saya ‘terpercaya’ pada teori konspirasi, kita semua percaya ada teori konspirasi untuk menghancurkan kerjaya politik beliau,” jelasnya.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa ada orang dalam PAS berharap sangat Anwar menyertai parti itu.

“Dia (Anwar) sertai UMNO kalau tak silap saya tidak dapat restu majlis syura Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sebagainya, dalam gerakan Islam perlu dapat persetujuan daripada Syura, itu satu perkara yang dahsyat yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, musuh-musuh politik Anwar tidak sampai hati hendak mendedahkan segalanya dalam konteks secara menyeluruh.

“Memang tidak sampai hati. Apa yang misterinya mahkamah pun tidak secara total (menyeluruh) 100 peratus mengiyakan salah lakunya, itu misteri.

“Seharusnya secara logik menyatakan orang macam ini sudah tenggelam, tetapi dia masih timbul lagi sebab ada manusia yang bagi pelampung padanya, siapa yang bagi pelampung, teman PKR, teman PAS Anwarinas,” jelasnya.

5 comments:

Anonymous said...

Boleh dikatakan semua yang telah membuat FITNAH pada Anuar MAMPOS dalam keadaan misteri.

Yang tinggal kini cuma dua tiga ekor saahaja lagi utk mereka melihat sendiri kesan FITMAH mereka sebelum mereka DIMAMPOSKAN.

Anonymous said...

Yg aku perasan, yg menyokong DS.. ni banyak yg tak sayang mulut. Celupar sangat, sebab tu tak berkat nak menang macam mana kalau asyik menidakkan apabila ditegur. Macam ni nak jadi PM, sampai ke matilah jawabnya asyik berdemonstrasi.

Anonymous said...

KIta tunggu 2 - 3 ekor kaki PEMFITNAH BESAR ni MAMPOS. Kita tengok mayat muka PEMFITNaH ni jadi BABI KA ANJING...!!!

Kita doa ramai-ramai siang malam.
Sebab PEMFITNAH ni bawa melapetaka pada Ummant Islam.
MUDAH-MUDAHAN....!!~!

Anonymous said...

Bukan MAYAT la beb....!!!
Tahap dia orng ni kalau MAMPOS ialah tahap BANGKAI.

Anonymous said...

Apasal emo Sgt bila bukti day ada... hid up mati ni kuasa Allah s.w.t..kalau day sampai ajal talk kesahlah dia by dosa ke tidal..ramai yahudi yg menyiksa org Palestine masih hidup lg do mukabumi ini.. JD jgnlah cari dosa kering nak mendoakan org lain mati... silap haribulan org yg awak sanjung yg dpt bala...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates