Friday, March 29, 2013

0 Perang Besar Berlaku Dalam PKR... Ini Game Siapa?


Bunyi macam ada perang Keluarga 69 dalam PKR...ini game siapa?

Kisah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tak ubah macam Keluarga 69. Keluarga yang cacamarba sebab politik melebihi segala-galanya.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin tak terfikir nak oleh skrip sejauh ini semasa buat filem Keluarga 69 dulu.

Bayangkan, bos besar terpalit dengan macam-macam dakwaan. Paling serius kes dakwaan liwat,video China Doll dan pendedahan di blog raja goyang.

Nurul Izzah pun tak kurang dengan masalah. Tentu ramai masih ingat pasal kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama dalam satu forum
tahun lalu.

Dalam pada itu, ada juga suara-suara nakal dalam PKR tuduh ahli parlimen Lembah Pantai itu begitu begini.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula sudah jadi pemimpin boneka walaupun ada styatus sebagai Presiden PKR.Hakikat ini bukan saja tidak dapat diselindung malah terus merus menjadi bualan ramai.

Ini kerana beliau tidak berfungsi sebagai seorang presiden sebuah parti seperti orang lain.

Sebab itu juga pembantu kepada ahli parlimen Ampang mengaku tulis surat pada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempersoal relevankah isteri Anwar kekal sebagai presiden parti.

Mohd Fareez Kamal Intidzam mendakwa Wan Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap berlagak macam tak tahu apa-apa isu babitkan parti.

Malah, beliau mencadangkan kepada Hadi supaya Timbalan Presiden, Azmin Ali menggantikan Wan Azizah.

Pasal nak bertanding PRU 13, Wan Azizah sendiri pun cakap tunggang langgang.Sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. Macam sandiwara lawak Tan Sri Khalid Ibrahim yang hu ha pasal nak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dua bulan lepas, entah apa punya rajuk, Wan Azizah kata tak mahu bertanding walaupun sebelum itu kata kemungkinan nak bertanding di Pulau Pinang.

Pada Khamis, beliau bikin panas pulak kata akan bertanding kerusi DUN Selangor.

“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui S  elepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di Shah Alam Khamis.

Tambahnya, “DUN mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana.

Pelik tidak,seorang Presiden yang patut ada kuasa istimewa bercakap dengan nada teragak-agak.

Di Selangor terdapat 14 kerusi DUN yang dimenangi PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

Sebab itulah boleh kata keluarga Anwar macam Keluarga 69...Keluarga tunggang langgang.

Satu sebab lain boleh rakyat ramai-ramai fikir kenapa jadi macam ni.

Dengar cerita ada kalangan ahli PKR berbunyi kenapa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tiba-tiba buat cerita pasal ‘mungkin ada video Nurul Izzah dan Khalid’ selepas ada video hubungan intim lelaki menyerupai Anwar dengan pemuda yang didedahkan Papagomo baru-baru ini.

Semua itu ada kaitan pasal Keluarga 69 ini.

Bukan rahsia lagi dalam PKR ada kem Azmin dan Khalid dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor jika pembangkang kekal di negeri itu.

Ramai juga tahu Azmin tak ngam dengan Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.

Siapa agaknya merancang supaya Mohd Fareez tulis surat pada Hadi pasal Wan Azizah?

Siapa agaknya merancang supaya Khalid hanya tanding Parlimen Bandar Tun Razak sahaja seperti diumumkan Anwar hingga sebabkan Wan Azizah yang rapat dengan Khalid ‘merajuk’ dan umum tak mahu tanding apa-apa?

Siapa agaknya merancang cerita kononnya ada video skandal babitkan Nurul Izzah yang dikatakan Saifuddin Nasution?

Ada yang membuat andaian kenyataan ahli Parlimen Machang itu macam ‘beri isyarat’ pada Nurul Izzah dan Khalid supaya jangan cakap banyak.

Khalid tentu kecut perut juga kerana dua tahun lalu heboh pasal ada rakaman video ditemui dalam pejabatnya di Bangunan SUK di Shah Alam.

Rakaman atau video apakah itu? Siapa punya kerja?

Melihat perkembangan ini semua jangan marah jika ramai pihak merasa mungkin ada gerakan menyingkirkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid daripada PKR.

Wan Azizah mungkin menyedari ‘permainan kotor’ ini justeru itu beliau tiba-tiba umum mahu bertanding di Selangor.

Beranikah Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor menolak hasrat Wan Azizah?

Perang dingin sudah lama mengelegak dalam PKR.Kini timbul tandatanya apakah ia akan bertukar kepada perang terbuka.

Dalam bab soksek mengenai pergelutan dalaman jangan cuba nak cakap ini semua kerja orang luar.

Pusing sana ...pusing sini...tak mungkin ada orang di luar parti boleh tekan swis.

Cuma teka tekinya...ini game siapa?

-Agendadaily

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates