Monday, March 25, 2013

Semakin Ramai Ahli, Penyokong Pas Sokong UMNO, BN




Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.

Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.

"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.

"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan
perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya.

-Utusan

5 comments:

Anonymous said...

Setiap kali pRu UMNo dgn penuh "perasaan" mengatakan ramai rakyat kelantan berubah dan terjun ke dalam "lubang taik" umno. Sehinggakan kalau di kira setiap kali pru mungkin penyokong PAS dah tak tinggal sorang pun. Tapi bila selepas PRU, kita akan dapat lihat peningkatan dlm sokongan pada PAS.

Nampak sangat Umno PENIPU.
MENIPU UTK "MENYEDAPKAN" MATA PEMIMPIN MEREKA SAHAJA.

Rakyat Kelantan bukan BODOH macam UMNO. Duit diberi....akan di ambil
Tanah di beri....akan ambil...
SEBABNYA.....ITU BUKAN DUIT KOCEK UMNO...ITU DUIT RAKYAT YG DISALAHGUNA UOLEH UMNO. DUIT RAKYAT MENGAKU DUIT POKET UMNO.

SYABAS ORANG2 KELANTAN.

kirana said...

Klu tgk pada yg dtg tu...npak bnar xthu matematik...usahkan 6000 org...600 org pun xsampai tu...adoiiii....kesian snguh dgn umno ni...duk meroyannn jee....

Anonymous said...

YG BESTNYA IALAH "ORANG UMNO MASUK UMNO"

HA..HA..HA..
KAH..KAH..KAH....

Anonymous said...

UNMO UNTUK SELAMANYA.....

Anonymous said...

UMNO UNTUK SELAMANYA......