Thursday, March 28, 2013

#Sodomy - Surat Terbuka Buat Wan Azizah #TolakPR



Pengendali blog Papagomo yang disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan Ketua Pembangkang itu dalam video seks sejenis hari ini tampil dengan surat terbuka untuk Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Surat 14 perenggan yang disiarkan dalam laman blog http://www.papagomo.com itu antara lain mengandungi gesaan kepada Wan Azizah supaya menasihati Anwar berundur daripada pentas politik bagi mengelakkan keluarga itu diaibkan dengan lebih dahsyat pada Jumaat ini.

"Saya masih lagi menimbang untuk tidak mengaibkan Datuk Seri (Anwar). Apa yang saya mahukan adalah beliau berundur. Saya yakin jika beliau berundur secara terhormat, rakyat akan mengerti dan kagum dengan apa yang dilakukannya.

"Jumaat ini, saya harap Datuk Seri berundur. Tujuan saya mengarang artikel ini bukan dengan niat untuk mengaibkan keluarga Datin Seri (Wan Azizah), tetapi lebih kepada seorang anak yang sayangkan Datin Seri sekeluarga sesama umat Islam,'' jelas penulis blog berkenaan.

Menurut Popogomo, demi agama, bangsa dan negara, pihaknya bagaimanapun tidak ada pilihan daripada terus mendedahkan perilaku Anwar.

"Saya mewakili berjuta rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bersih. Atas sebab itu, saya menawarkan rundingan dengan cara berhemah agar Datin Seri sekeluarga memikirkan dengan cara yang terbaik untuk keluarga Datin Seri sendiri," ujarnya.

Menurut beliau, video berkenaan masih berada dalam tangannya dan tidak pernah diberikan kepada sesiapa kecuali pernah ditayangkan olehnya kepada beberapa rakan blogger.

"Video yang saya ada berwarna dan mempunyai audio yang jelas. Akhir kata daripada saya buat Datin Seri sekeluarga, berhenti dari terus diaibkan kerana kuasa yang diidamkan hanyalah duaniawi semata-mata.

"Fikirlah kesan terhadap anak cucu Datin Seri. Fikirlah dengan mendalam apa yang saya katakan ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihi dan mengampuni umatnya," jelas blogger itu lagi. - Utusan


5 comments:

Anonymous said...

SURAT TERBUKA KPD NAJIS...

"MENGAKU AJE LE YG KAU TU TELAH BERSEKONGKOL DAN TELAH MENGARAHKAN PEMBUNUHAN ALTANTHUYA TU.....SENANG CERITA.

'MENGAKU JE LE YG KAU TU TELAH KENCING ORANG2 SULU SEHINGGA AKHIRNYA UTK MENUTUP KEMUALUAN KAMU TU, MAKA AKHIRNYA ANGGGOTA KESELAMATAN YG DI KORBANKAN"

"NGAKU AJE LE YG KAU TU TELAH MEMBENARKAN DAN MEMPLOTKAN JLN CERITA PEMFITNAHAN SODOMY#2 DILAKUKAN OLEH DI EPOI TU KE ATAS DSAI"

"NGAKU AJE LE YG KAU TU TELAH MEMBENARKAN LESAPNYA WANG NEGARA DGN MEMBERI KOMISYEN JUTAAN RIGGIT KEPADA RB DLM PEMBELIAN KAPAL SELAM TU"

NGAKU AJE LE YG KAU TELAH MENGIZINKAN BINI KAU TU MEROMPAK DUIT RAKYAT UTK MEMBELI BARANG2 PERHIASAN YG ADA PADA DIRI BINI KAU TU"


Anonymous said...

Surat tbuka jpd anoy bangang di atas

Yg ko sakit hati knp? Ada bukti? Tnjk la bukti bai, jgn main fitnah je, koman2 PM bnyk bt kije drpd ko yg asik melalak n tuduh sana sini
Typical MACAI ~ otak ada tp xnk guna

Anonymous said...

"SAYA SIMPAN DUIT DPD KEIL LAGI UTK BELI BARANG PERHIASAN JUTAAN RINGGIT NI...."

HA....HA...HA.....!!!

KETAWAKAN SI AYAM KETEK NI.

Anonymous said...

Dr MAZA kata akan berlaku 'REVERSE ATTACK" pada UMNO sbb suka sangat FITNAH.

ha..ha..ha..

Anonymous said...

LAGI DEDAH LAGI RAMAI YG AKAN BANGKIT MENENTANG UMNO.

ITULAH KUASA ALLAH....