Thursday, March 28, 2013

#Sodomy #TolakPR - Anwar Akan Bersumpah Bagi Memastikan Impian Menjadi PM Tercapai


Setelah puas menunggu, akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat, makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat.

Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll, sedikit masa dahulu. Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat ‘hilang kawalan’ apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit.

Ditambah dengan beberapa fakta kes, ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.

Walaupun Anwar sebelum ini pernah berulang kali mengunakan nama Yusuf al-Qaradawi sebagai perisai kononnya ulama besar itu melarangnya dari berbuat demikian, namun perkembangan politik terkini yang tidak memihak kepadanya mungkin telah memaksanya untuk berbuat demikian.

Oleh yang demikian, Anwar merasakan kegagalannya untuk mengembalikan sokongan rakyat akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko ditolak oleh pengundi Islam dan Melayu yang begitu memandang serius terhadap isu liwat dan zina. Lebih malang lagi, sekiranya calon-calon yang mewakili PKR turut menerima tempias ditolak rakyat.

Tambahan pula apabila, beliau melihat sendiri bagaimana isu tersebut telah mula memberi kesan terhadap pengundinya khususnya di Permatang Pauh sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melarikan diri untuk mencari kawasan baru yang lebih selamat.

Maka, hasil ‘campur,tolak, bahagi, darab’ akhirnya Anwar terpaksa mengambil jalan selamat agar keyakinan rakyat kembali memihak kepadanya sekaligus membuka kembali harapan untuk menjadi perdana menteri.

Malah ada segelitir pemerhati politik dan golongan akademik berpendapat, sekiranya Anwar benar-benar mengambil pendekatan untuk ‘bersumpah laknat’ bagi membersihkan dirinya, ia akan menyebabkan BN/Umno berdepan dengan tuduhan konspirasi. Sekaligus membuktikan apa yang didakwa oleh Anwar selama ini kononya dirinya telah difitnah ada asasnya.

Tambahan pula Anwar sendiri, sebelum ini mengakui tindakan untuk bersumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral pencacai dan rakyat. Selain pencacai antara yang bakal turut terkesan dengan sumpah tersebut sudah tentu isteri dan anaknya, yang selama ini terpaksa berhempas pulas menyakinkan diri mereka sendiri, bahawa Anwar tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar ingin bermubahalah seperti yang didakwa portal tersebut, mengapa ia dilakukan setelah majoriti rakyat percaya dengan yakin bahawa Anwar terlibat dengan seks luar tabii dan China Doll?

Tidak ketinggalan ialah, mengapa ia dilakukan apabila majoriti golongan agama di dalam Pas mula menolaknya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah jelas, ia dilakukan semata-mata atas kepentingan politik peribadinya. Hanya setelah merasakan kerusi Putrajaya telah semakin jauh meninggalkan dirinya, baru Anwar ingin mengambil pendekatan menolak dakwaan yang dilemparkan.

Sedangkan secara logik akal, mereka yang benar-benar tidak bersalah akan segera membersihkan namanya dari terus dikaitkan dengan kesalahan moral. Tambahan pula ramai dikalangan pencacainya yang merasakan Anwar adalah merupakan calon yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada.
.
Kesimpulanya sumpah laknat yang bakal dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan namanya, tetapi dilakukan semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7 tercapai.

3 comments:

akakkuak said...

Semoga Allah tunjukkan kebenaran seusai Anwar bersumpah... Rasanya, dia akan bersumpah dgn mengatakan liwat tanpa paksa... Jadi, kalu rela?. Patut sumpah ckp dia tidak meliwat saiful atau mana2 jantan yg lain... Tak moh la anwar jd PM. Byk sgt skandal...

Anonymous said...

sampai hari ni xde satu pun fitnah umno bn yg majoriti rakyat malaysia percaya.apa perlu anwar sumpah?biarla macai2 umno yg dah terlebih makan taik lembu shahrizat meroyan.lebih baik pecacai umno bn pikir macamana nak kalahkan anwar dalam pru13 dari dok buat dosa kering.berapala sangat upah jadi pecacai kalau nak dibandingkan dengan 250juta duit lembu shahrizat.jgnla bodo sampai keliang lahat.

Anonymous said...

AKU HAIRAN LAH DENGAN PEMFITNAH2 ANUAR NI.?
KENAPAKAH KAMU SEKELIAN TAK MAHU MEMBAWANYA KE MAHKAMAH SYARIAH? IUTLAH ATURAN SYARIAH.

KAN KAU ORANG KUAT PEMBELA AGAMA ISLAM.? TAPI DALAM BAB NI PU KALIAN MENGHINA AGAMA DGN MENGENEPIKAN ATURAN SYARIAH? WHY...WHY..???