Saturday, March 30, 2013

#TolakPR Wan Azizah Bakal Jadi MB Selangor.. Kata Khalid Gagap


Parah dah puak ni... masing-masing dah gila jawatan, gila kuasa... Bapa calon PM, anak calon Menteri terbaru isteri ( Wan Azizah ) pula calon MB Selangor!

Khalid Ibrahim mengesahkan Wan Azizah boleh jadi MB Selangor dan perkara tersebut kini dalam perbincangan....

Selama ini mereka menuduh orang UMNO/BN dengan bermacam-macam tuduhan... sebenarnya mereka yang gila kuasa!

Laporan AntaraPos menyatakan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang tidak melarang wanita untuk menjawat jawatan tersebut, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun menurut beliau, antara syarat kelayakan untuk menjadi menteri besar adalah calon berkenaan perlu bermastautin di negeri ini selain mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menang pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan isu tersebut masih diperingkat perbincangan dan akan diumumkan kelak. Justeru beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana.

"Kelayakan memang boleh, lelaki dan wanita boleh jadi MB (tidak menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) memang boleh dari segi enakmen, tetapi ini belum lagi sebab ini spekulasi akan timbul, ia akan dibincangkan.

"Walau bagaimanapun, Datin Seri Wan Azizah layak menjadi calon. Tapi untuk jadi calon negeri Selangor, antara perkara yang perlu beliau ada adalah kad pengenalan beliau mestilah bermastautin di negeri Selangor," kata beliau kepada wartawan selepas hadir ke majlis 'Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang' hari ini.

Wan Azizah dikaitkan dengan jawatan menteri besar selepas beliau pada Khamis mengumumkan untuk mencuba nasib di DUN Selangor ekoran dilarang bertanding di kerusi parlimen selepas melepaskan jawatan itu pada Julai 2008.

Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Antarapos sebelum ini melaporkan bahawa Wan Azizah bersedia untuk mencabar kedudukan Khalid sebagai menteri besar berdasarkan rekod sepenggal ketua negeri Selangor itu yang tidak memuaskan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya Wan Azizah menang di Selangor pada pilihan raya umum nanti dengan mengambil kira status beliau sebagai pemimpin tertinggi dalam PKR, tidak mustahil sekiranya Khalid disingkirkan.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang cuba untuk menampilkan wanita pertama menjadi menteri besar untuk menambat hati rakyat negeri itu.

"Buat apa letak Wan Azizah di DUN saja, kalau tidak dinaikkan jadi menteri besar lebih baik dia tidak bertanding di DUN," kata Dr Atory.

Wan Azizah mula menyertai politik pada tahun 1999 selepas Anwar dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan rasuah dan liwat.

Beliau mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal sebelum mengosongkan kerusi tersebut untuk Anwar.

No comments: