Saturday, March 30, 2013

#TukarKelantan - 30 Anggota PAS Kampung Kubang Telaga Sertai Umno


BACHOK: Seramai 30 anggota PAS di Kampung Kubang Telaga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno di sini malam Jumaat.

Kumpulan yang diketuai Mohd Yaacob Mohamad, 42, itu menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin disaksikan Penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN berkenaan, Datuk Dr Ilias Hussin.

"Saya nekad menyertai Umno kerana mahukan perubahan apabila PAS gagal membantu rakyat sebagaimana dijanjikan," kata Mohd Yaacob kepada pemberita selepas menyerahkan borang itu.

Beliau berkata, walaupun diberi peluang 23 tahun memerintah Kelantan, PAS terbukti gagal menunaikan janji untuk membantu rakyat terutama golongan miskin.

"Kami juga kecewa apabila PAS yang bergabung dalam pakatan pembangkang sanggup menjadi 'pak turut' DAP seperti yang dilihat dalam isu penggunaan kalimah Allah," tegasnya.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan ketika berucappada majlis itu berkata, ini kali kedua penduduk kampung itu menyertai Umno selepas kumpulan pertama lebih 30 orang berbuat demikian bulan lepas.

Beliau menjangka ramai lagi anggota PAS menyertai Umno terutama di DUN Tawang dalam tempoh terdekat. - Bernama

1 comment:

lijitra said...

betoi ka.tapi apa yg aku tau blogger ni barua umeno.