Thursday, May 23, 2013

2 Tian Chua, Harris Ibrahim Ditahan Polis


Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi.

2 comments:

Anonymous said...

KDN dulu slogannya

Populariti sepupu diutamakan, BN dan Melayu dicinamikan

Anonymous said...

adam adli tu terang2 suruh orang revolt dijalanan dan cabar supaya ditangkap. bila ditangkap minta dilepaskan dan tuduh polis kasar/brutal. tuduh mengikut telunjuk BN. apa pelik... nampak sgt buat supaya ditangkap dan menaikkan kemarahan penyokong dan menimbulkan masalah anarki.

pun masih percaya kat racis2 dalam PR?

ali

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates