Wednesday, June 26, 2013

2 PM Bagi Syarat Untuk 'Perdamaian Nasional'... Terima Keputusan PRU13 Dulu


Sidang Dewan Rakyat yang bermula pagi Rabu menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak lipat balik puak pembangkang yang cakap banyak cuba mempersoalkan usaha 'perdamaian nasional' yang dijanjikan kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13.

Perdana Menteri tampil sebagai orang pertama jawab dua soalan semasa pada sesi soal jawab ketika sidang bermula jam 10 pagi.Soalan pertama dari Ahli Parlimen BN Mersing,Datuk Dr Latif Ahmad manakala soalan kedua dari Ahli Parlimen DAP Gelang Patah,Lim Kit Siang.

Dalam soalan tambahan dari soalan Kit Siang,Ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP Beruas,Ngeh Ko Ham  serta Karpal Singh DAP Bukit Gelugor mereka cuba menekan beliau mengenai usaha perdamaian nasional.

Azmin misalnya mempertikaikan kenyataanya beliau mengenai 'tsunami cina' dan laporan Utusan Malaysia mengenai 'apa lagi cina mahu' yang didakwa tidak menepati hasrat itu.

Ngeh pula mahu kerajaan benarkan wakil rakyat pembangkang dibenarkan adakan program seperti di sekolah dan lain-lain.Beliau juga mahu tandatangani surat sokongan wakil rakyat pembangkang 'laku'.

Hadir sama dalam dewan masa itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri nampak steady saja sejak jawab soalan pertama dari Dr Latif yang ingin tahu apakah kerajaan nak bertindak terhadap mereka yang mengunakan perkataan ' rakyat' dalam membuat berbagai gelagat negatif sejak PRU13.

Mengenai isu perdamaian nasional yang cuba diperlekehkan,Najib menyimpulkan situasinya bahawa pembangkang juga harus berusaha kearah itu dan tidak hanya desak kerajaan jayakannya.

Beliau menegaskan langkah utama kearah itu ialah mereka wajib terima keputusan PRU13 sebagai keputusan yang muktamad.

Katanya ini kerana pilihanraya itu dijalakankan menurut perlembagaan negara,mengikut peraturan pilihanraya dan sekiranya ada apa yang tidak puashati ada saluran untuk petisyen di mahkamah.

Najib jelas merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang terus menerus buat macam-macam hal termasuk perhimpunan haram membantah keputusan PRU13 sedangkan waktu sama mahu perdamaian nasional dicapai.

Beliau juga membangkitkan mengenai 'pelik' sikap mereka dalam membantah keputusan PRU13 kerana masing-masing sudah angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada hari Isnin.

Baginya di satu pihak mereka terima keputusan di kawasan masing-masing dengan angkat sumpah dan di satu pihak lain membantah.

Beliau mengingatkan kalau pembangkang boleh menegur kerajaan maka kerajaan juga boleh menegur pembangkang.

"Kalau kita tegur menegur dan terus berbalah sampai bila pun tak akan capai perdamaian nasional.Kalau nak mulakan proses ini pokoknya terima keputusan PRU13,"katanya.

Perdana Menteri berkata untuk capai perdamaian nasional ,kerajaan ada cadangan untuk tubuh majlis konsultasi nasional mengenai perpaduan.

Katanya tiga perkara penting dijadikan agenda pada majlis itui ialah bagaimana nak tangani polarisasi kaum dalam aspek yang luas,bagaimana nak pupuk keharmonian antara agama dan bagaimana dasar-dasar boleh bersifat inklusif dari segi sosial serta lain.

Beliau menjelaskan kerajaan bersikap terbuka untuk menjemput semua pihak mewakili pelbagai pihak termasuk pembangkang untuk rumuskan yang terbaik untuk negara.

Jawab soalan tambahan dari dari Ahli Parlimen BN Kalabakan,Sabah,Datuk Ghafur Saleh,Perdana Menteri menegaskan kerajaan tetap berpegang kepada undang-undang negara dalam menghadapi tindak tanduk bantahan pembangkang pada keputusan PRU13.

Katanya benarkan perhimpunan aman tetapi mereka hendaklah patuhi Akta Perhimpunan Aman.

Kepada soalan tambahan Ngeh...Najib selamba tibai balik pembangkang tidak perlu timbulkan kes-kes secara spesifik ( untuk dakwa kerajaan tak ada semangat untuk perdamaian nasional).

Katanya jika begitu kerajaan pun boleh bangkitkan banyak perkara mengenai pelbagai gelagat pembangkang seperti ucapan pemimpin pembangkang di luar negara, apa yang disiarkan dalam Youtube dan sebagainya.

"Terima keputusan PRU13 dulu...lepas itu kita boleh bincang",katanya.

Kepada soalan tambahan Azmin,Perdana Menteri patahkannya dengan mempersoalkan tentang beberapa dakwaan seperti 40,000 orang Bangla yang didakwa jadi pengundi hantu.

Katanya sampai hari ini ia tidak dapat dibuktikan.

Jawab soalan tambahan Karpal ..Najib berkata kerajaan tidak takut pada istilah ' Malaysia Spring'.

Sebelum itu menjawab soalan tambahan dari Dr Latif semasa peringkat awal,Perdana Menteri kata kerajaan sedia timbang pendaftaran secara otomatik pengundi.

Namun katanya adalah tidak praktikal kerajaan mengadakan peraturan mewajbkan mengundi semasa pilihanraya.-Agendadaily

2 comments:

otaklunyai said...

keamanan dan perdamaian bg puak2 umgok laknatullah ni adalah diam dan angguk bila ada rasuah, penyelewengan kuasa, tipu sana sini, kena pukul, kena rogol dan bunuh, kena tindas, salah laku... yg melibatkan puak2 mereka...

Anonymous said...

Dei tarak otaklu nyai..

dalam pakatan tuh semua malaikat ke? 5 tahun pegang 4 negeri penoh rasuah skrg tambah lagi 5 tahun mahu tenggelam 3 ngri dgn rasuah, tipu helah, fitnah n sgl kemungkaran...maksiat jgn cakapla bersepah2 kat 3 ngr pakatan ....

Dan yg penting di akui ,,pakatan mmg pembela penjenayah..so kalo pakatan berkuasa...Malaysia akan jadi negara koboi la...undang2 cume trtakluk pada rakyat marhaen dan sapa2 yg xsokong pktan jer...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates