Thursday, July 18, 2013

0 Al kisah 'mengintai' Mat Sabu dan Aishah di Pulau Perhentian​...


Pulau Perhentian ada 734 pengundi berdaftar.Oleh kerana PAS dapat lebih 250 undi di situ pada PRU 13, sudah tentu pulau peranginan itu tidak terlepas sasaran kempen jentera itu bagi memenangkan calon mereka Azlan Yusof pada pilihanraya kecil Kuala Besut.

Tentunya PAS menjangkakan dapat tambah undi di pulau itu jika menghantar Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkempen dengan Azlan atau dikenali sebagai Che Long di situ Selasa malam.

Apatah lagi rombongan ke pulau yang dihubungkan dengan perjalanan bot kira-kira 30 minit dari jeti Kuala Besut turut  ditemani penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang tewas kepada Tan Sri Isa Samad di kerusi Parlimen Jempol pada PRU lalu.

Berkobar-kobarlah jentera PAS ke pulau itu sejak tengahari sebelum ketibaan Mat Sabu, Azlan dan Aishah pada petangnya.

Kempen mereka ‘walkabout’ rumah ke rumah bertemu penduduk di situ memperkenalkan calon, merayu undi dan menjemput mereka mendengar ceramah selepas solat Isyak dan Terawih.

PAS siap bawa kumpulan Dikir Barat bagi memulakan kempen.

Lagu  tukang karut memang menarik tetapi malangnya hanya kanak-kanak yang bergoyang kepala mendengar persembahan tersebut.

Ingatkan penduduk akan berduyun-duyun untuk mendengar ceramah Mat Sabu, Aishah dan calon mereka namun bilangan mereka yang datang boleh dikira dengan jari.

Itu cerita jurugambar bebas Minaq Jinggo yang ikut serta dalam kempen PAS di Pulau Perhentian.

Dia sendiri ‘malu’ nak beritahu jumlah sebenar yang hadir dengar ceramah tersebut.

Selepas diasak, Jinggo dedahkan angka yang dengar ceramah tidak sampai 100 orang.

Bagi kempen di sebuah pulau, jumlah itu boleh dikira ramai tetapi yang boleh jadi gelak apabila Jinggo jelaskan, 100 orang itu termasuk rombongan jentera kempen dan kumpulan dikir barat yang dianggarkan kira-kira 80 orang yang datang dari Kuala Besut.

Pecah juga tembelang PAS. Sebab itu Harakah dalam laporannya tidak sebut angka mereka yang dengar ceramah PAS di Pulau Perhentian.

Pada ceramah itu, Azlan hanya memperkenalkan diri dan minta penduduk pulau itu menyokongnya.

Katanya,sewaktu berumur 18 tahun sudah biasa berada di Pulau Perhentian dan mempunyai kawan rapat, malah penduduk di situbukannya asing dengan beliau.

Che Long tidak ceritakan di kawasan mana di pulau itu beliau habiskan masa remajanya adakah di Long Island – pantai yang jadi tempat pelancong Mat Salleh melepak menjemurkan diri atas pasir dengan separuh pakaian atau di tempat lain.

Mat Sabu pula dengan cerita-cerita politik semasa yang sudah basi manakala Aishah syok cerita pasal kisah hidupnya dari zaman artis hingga sertai PAS.

Ada wartawan yang ke pulau itu beberapa hari lalu bergosip sesama sendiri – adakah Long Island itu milik Che Long? Sebab nama Long itu sama.

Habis kempen dan ceramah lain pula ceritanya.

Ini yang buat Jinggo dan beberapa petugas media kecut perut kerana mereka balik ke Kuala Besut menaiki sebuah bot yang kapasitinya hanya untuk 60 orang tetapi disumbat hampir 80 orang.

Sahihlah cerita Jinggo yang ramai dengar ceramah adalah orang luar pulau.

Pada mulanya petugas media tidak dibenarkan naik bot itu atas alasan tidak muat.

“Mana boleh, kami ikut buat liputan,” kata Jinggo yang akhirnya sama-sama belayar dalam gelap meninggalkan pulau itu ke Jeti Kuala Besut.

Dalam bot, Jinggo bertambah kecut perut kerana belayar dalam gelap dan berulangkali beliau istiqfar khuatir berlaku apa-apa kerana bot bukan saja sendat tetapi belayar tanpa lampu.

Bagaimanapun, rombongan bot itu selamat sampai ke jeti selepas tengah malam.

Kemungkinan besar bot yang digunakan itu adalah bot persendirian.

Tiada bot penumpang ulang alik ke pulau itu dari Kuala Besut waktu malam.

Lagipun bot penumpang cuma muat antara 12 hingga 14 penumpang sahaja.

Menurut Jinggo, PAS tidak pernah berkempen ke pulau itu sebelum ini.

Ini diakui Mat Sabu ketika ditanya media tetapi kerana yakin dapat tambah undi dalam PRK Kuala Besut, jentera PAS cuba nasib dengan harapan dapat tambah undi.

Kelakar juga kisah benar dialami Jinggo dan rombongan jentera PAS ke situ.

Cuma nasib baik Mat Sabu tak keluar kenyataan, ramai pelancong asing di pulau itu turut tertarik dengan ceramah PAS padahal parti itu bawa orang luar untuk dengar dan nak tunjuk penonton ramai. –Agendadaily

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates