Wednesday, July 31, 2013

3 Khairy Hadiahkan Lagu Ronan Keating Kepada Khir Toyo


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mengatakan bahawa pergerakan itu memerlukan ketua yang baru kerana Khairy gagal menarik golongan muda mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum lalu.

“Saya tak nak cakap panjang. Saya nak suruh dia dengar lagu Ronan Keating berjudul “When you say nothing at all”, katanya kepada FMT di majlis berbuka puasa anjuran pergerakan pemuda Umno di Masjid Assyakirin, KLCC petang semalam.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu Dr Khir hayati liriknya, “You say it best, when you say nothing at all”.

Dua hari lepas Dr. Khir yang kalah kepada Khairy pada pemilihan ketua pemuda pada tahun 2009 berpendapat Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukannya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.

Katanya kepada FMT, Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.

Sehingga hari ini, Khairy belum mengesahkan lagi sama ada akan mempertahankan jawatan ketua pemuda yang akan dipertandingkan pada 28 September ini.

3 comments:

Anonymous said...

Apa yang Khair Toyo cakap itu betullah!. Awak gagal menarik golongan muda mengundi BN/UMNO!

Tidak perlulah cakap itu dan ini!

Berapa ramai anda telah Berjaya menarik pemuda menganggotai UMNO?

Anonymous said...

Khir Toyo gagal mempertahankan Selangor pd PRU13. sepetutnya beliau belajar untuk membaiki dirinya bukan menyalahkan orang lain pulak

Anonymous said...

Khir Toyo masih terkena sumpah kerana menjatuhkan maruah orang apabila menghadiahkan penyapu kepada orang lain di khalayak ramai...hakikatnya reputasi Khir Toyo terjejas terus akibat rasuah walau apapun interpretasinya terhadap skop dan pengertian rasuah itu...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates