Tuesday, July 30, 2013

4 Surat Terbuka Buat Dato' Seri Khir Toyo

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, Pemuda Umno perlu ketua baru kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah gagal menarik pengundi muda terutama kaum Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Kata calon Ketua Pemuda pada tahun 2009 itu, Pemuda Umno memerlukan pemimpin baru yang ada idea baru untuk mengundi BN lima tahun lagi.

“Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.“Khairy hebat kerana beliau menang dalam pilihan raya, manakala jawatan Menteri Belia adalah jawatan peribadi.“

"Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukanya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.“

"Saya tidak nampak program yang telah dibuatnya, Khairy perlu kemukakan idea baru ,” katanya.

Dr Mohd Khir bertanding mencabar Khairy dan seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir tetapi beliau hanya mendapat tempat ketiga.

Menurutnya, Khairy hanya hebat kerana beliau berjaya dalam pilihan raya tetapi sebenarnya tidak ada kelebihan.

Jika kalah 50 kerusi?

“Adakah beliau mampu menarik pengundi muda orang Cina untuk pilihan raya akan datang?” tanya bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.

Katanya, Khairy tidak ada idea untuk mendapat pengundi muda yang berjumlah 3.5 juta lima tahun lagi dan ia menjadi survival kepada BN dan Umno.“Jika pemimpin yang ada kekal, apa jaminan rakyat akan sokong BN dan Umno,” katanya lagi.

Dr Khir menambah, program untuk orang muda perlu digerakkan sekarang dan bukannya dua minggu menjelang pilihan raya.Beliau menambah, walaupun BN menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi rakyat tidak memberi sokongan kepada BN dan Umno. Pilihan raya umum ke 14 sangat kritikal kerana jika BN dan Umno kalah 50 kerusi di kawasan bandar, parti itu akan mati, kata Dr Mohd Khir lagi.


Jangan kerana sial penyapu tak hilang lagi Dato' Seri Khir Toyo nak salahkan Khairy Jamaluddin pula?

Tak salah memberi pandangan tapi apa salahnya jika menegur secara berhemah, bukan dengan cara memecah belahkan golongan muda bersama atau pun mahu bersama UMNO/BN. Jika Dato' Seri ada cadangan yang terbaik untuk menarik golongan muda sila lah kemukakan… jangan hanya pandai berkokok diluar kemampuan sendiri…

Melihat pada kenyataan Dato' Seri ianya jelas bermotifkan dendam lama yang masih berdarah…

Kalau hendak dikenangkan, memang malang sekali… ini kerana kekuatan yang ada pada Dato' Seri tidak mampu menobatkan Dato' Seri sebagai Ketua Pemuda UMNO pada masa pemilihan dulu. Dato' Seri tewas ditangan Khairy, terbukti Khairy mempunyai kelebihan yang luar biasa dari Dato' Seri….

Nak buat macam mana nasib tidak menyebelahi Dato' Seri, atau mungkin juga kerana malang sial penyapu, rakyat Selangor mendoakan agar Dato' Seri kalah pada waktu itu…? Mungkin juga Dato' Seri lupa siapa yang menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional di Selangor pada PRU ke-12 dulu? Sekurang-kurangnya pada PRU ke-13, Khairy menang besar berbanding dengan Dato' Seri yang telah berjaya mengaibkan BN di Selangor!

Ya, jika gagal dan sememangnya terbukti gagal.. Dato' Seri yang menyebabkan BN Selangor di sapu oleh pembangkang pada PRU ke -12, selayaknya cermin diri terlebih dahulu sebelum Dato' Seri memberi komen Khairy gagal mengemudi Pemuda BN. Untuk gagal perlu layak seperti yang Dato' Seri buktikan pada PRU ke-12 yang lalu...

Sudah lah Dato' Seri… Dato' Seri perlu sedar Dato' Seri sebenarnya adalah liabiliti dalam UMNO!

Bercakap pasal program untuk orang muda, segalanya telah di perjelaskan sendiri oleh Khairy ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lalu.. Sila baca para 7 hingga para 29 disini….

Ini jelas Khairy telah memulakan gerak kerjanya dari peringkat awal dan bukan seperti yang didakwa oleh Dato' Seri….!

Tak apalah pemilihan yang akan datang Dato' Seri boleh bertanding lagi dengan syarat Dato' Seri kena menjaga ketampanan agar kelihatan muda selalu.

Sumber : RaksasaBN

4 comments:

Anonymous said...

Mak ai....Dato' seri KT..komen sebagai kot2 boleh diambil perhatian...yang mengulas komennya beremosi sungguh...kuat benor nyokong KJ nampak....

Anonymous said...

ketua pemuda tkde telo,menang pn sebab rasuah.

Anonymous said...

Diamlah KT... Dulu masa Pemerintahannya.Tiada pun aktiviti untuk orang di Selangor. Cakap tak serupa bikin!

Anonymous said...

Layak ke KT ni bercakap? Dgn intergriti yg lemah,kempimpinan yg mengikut hawa nafsu,rasanya tak layak utk menegur org yg menang dgn majoriti yg besar diantara calon2 PRU13,dah org tempat sendiri pun nyampah,ada hati nak tegur org lain pulak,cermin muka sendiri yg muda sebab makan "tempe" tu je la...kesian!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates