Friday, August 30, 2013

1 Lebih 10,000 Meriahkan Suasana Rumah Terbuka ‘Merdeka Raya’ Sayap UMNO


Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlansung dengan suasana penuh meriah apabila lebih 10,000 jemputan dari pelbagai peringkat umur dan bangsa menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang tiba selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman di PWTC bersama isteri masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Najib dan Muhyiddin meluangkan masa kira-kira sejam menikmati juadah dan seterusnya bergegas untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan pada pukul tiga petang ini.


Selain itu, turut kelihatan hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, Ketua Wanita UMNO,Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Dato Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid, exco Pemuda UMNO dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Orang ramai yang hadir dari pelbagai peringkat lapisan umur dan bangsa kelihatan kelihatan teruja dan gembira dengan kehadiran kepimpinan tertinggi negara dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.- Umno Online

1 comments:

Anonymous said...

Isteri Najib Yang Bebal Atau Pegawai Khasnya Yang Sengal

Bukan isterinya yang suka masuk campur tetapi pegawai khas beliau yang menggunakan beliau kerana pegawai khas tersebut lihat peluang untuk buat duit melalui senarai calon pru13.Pegawai khas ini juga mengumpul askar maya yang diketuai oleh pemilik portal utara, bloger no1 malaysia, bloger yang berpangkat datuk, bloger yang guna nama sendiri, bloger kaki terbang dan puluhan saudaramara bloger kari basi dan saudaramara bloger rohbani.
http://thebebalian.blogspot.com/2013/08/isteri-najib-yang-bebal-atau-pegawai.html

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates