Monday, September 9, 2013

Kabinet Bayangan PR- Khairy Bidas Anwar Beri Jawapan Angkuh!


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan PR.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan PR.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya, perkara itu turut digesa oleh pengundi "atas pagar" supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri.

"Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

"Ramai pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?," katanya.


Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), Anwar dengan angkuhnya menjawab dalam Bahasa Inggeris “Mind your own business,” atau jaga tepi kain sendiri kepada Khairy mengenai isu kabinet bayangan itu.

“Khairy sepatutnya terus fokus pada tugas beliau sebelum masuk campur urusan PR,” kata Anwar yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan dipetik TMI.

Khairy berkata bukan beliau atau Barisan Nasional (BN) yang bangkitkan isu kabinet bayangan tetapi ia dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan yang membuat kenyataan itu dan disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menurut Nasrudin, adalah penting untuk PR mengeluarkan senarai kabinet bayangan supaya jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara kabinet berkenaan boleh terus berfungsi segera kepada rakyat.

“Adalah penting untuk satu kabinet bayangan oleh PR, katakanlah pada satu hari bila PR mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan, kita akan dapat menyampaikan khidmat dengan segera kepada rakyat,” katanya dalam satu temubual dengan The Star Online.

No comments: