Sunday, October 13, 2013

7 Kemenangan Solid KJ Bukti Perpaduan Dalam Pemuda UMNO @Khairykj #PemilihanUMNO


Ucapan setinggi tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang telah mendapat kemenangan besar bagi mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Umno susulan pemilihan sayap-sayap Umno yang berlangsung semalam.

Kemenangan ini merupakan satu petanda yang baik dari segi jentera di peringkat akar umbi kerana Pergerakan Pemuda merupakan nadi dalam perjuangan memenangkan Barisan Nasional.


Menepati jangkaan awal, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan penguasaan masing-masing bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno.

Shahrizat dan Khairy sekali lagi diberi mandat oleh perwakilan untuk terus menerajui kedua-dua sayap Umno itu bagi penggal kedua apabila masing-masing diumumkan mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 100 dan 97 undi.

Keputusan rasmi pemilihan sayap Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazal kira-kira pukul 3.30 pagi Ahad.

Sementara itu dua lagi pencabar jawatan Ketua Wanita Umno iaitu Datuk Maznah Mazlan setakat ini hanya mendapat tujuh undi manakala Raihan Suleiman masih belum mendapat undi.

Bagi Pergerakan Pemuda, Khairy diumumkan menang bergaya setelah menewaskan empat lagi pencabarnya iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Kesemua pencabar Khairy tidak mendapat undi sehingga keputusan rasmi tersebut diumumkan,

Menerusi sidang media terakhir pengumuman keputusan terkini pemilihan tiga sayap Umno itu yang dibuat kira-kira pukul 4 pagi Ahad, Tajol turut mengisytiharkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri Umno yang baharu.

Mas Ermieyati menang setelah mendapat 96 undi menewaskan pencabarnya, Jamilah Hanim Othman.

Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016.

Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.

Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.

Melalui sistem pemilihan 'Electoral College' yang digunakan Umno pada pemilihan kali ini, setiap bahagian akan memberikan satu undi untuk seorang calon bagi setiap jawatan.

Kaedah ini memberi suara lebih besar kepada anggota dari 191 bahagian memilih kepimpinan parti ke arah menjadikan Umno lebih telus dan demokratik.

7 comments:

Anonymous said...

Pelik bin ajaib..orang yang sama disorak dan dituduh rasuah pada 2009...sapu bersih kali ini...

Anonymous said...

hahaha...makcik lembu pn menang lg jd ketua wanita umno..dh xde pemimpin lain dh ke wanita umno..kesiannya ahli2 umno nie,belum mumaiyiz rasanya..org songlap duit rakyat diangkat jd pemimpin..student yg bt pnjaman ptptn nie abis dimintanya mcm along...dunia2..

Anonymous said...

UMNO lah ni jadi tempat longgokan orang yang imej tercalar...melalui gerakan progresif@liberalisasi ahti UMNO akan terus ditarbiyahkan untuk menyanjung species yang mcm tu

Labu8455 said...

Zaman UMNO sudah berakhir...UMNO hari ni sudah MATI...

Anonymous said...

hidup UMNO! pencacai pakatan tak perlu menyemak bg komen kat sini!

Anonymous said...

APA GUNA NAK ANTI KJ?

Semua dah maklum akan berita
KJ terus kekal berada di takhta
Janganlah ada yang berduka cita
Lupakanlah saja semua sengketa

Janganlah terlalu bersedih duka
Walaupun hati mungkin terluka
Anggaplah semua takdir belaka
Terimalah dengan hati terbuka

Semua yg terjadi adanya hikmat
Keputusan undi kenalah hormat
Pemenang teruslah beri khidmat
Demi masa depan parti keramat

Usah diturutkan hati nan walang
Takdir begitu tak boleh dihalang
Kita harapkan masa menjelang
Melayu dibawa jadi gemilang

Janganlah pula ada yang kecewa
Pujuklah hati dan tenangkan jiwa
Bantu umno menyambung nyawa
Unsur khianat tak usahlah dibawa

Penentang usah bersedih hati
Pantun di atas cubalah hayati
Nasihat yg baik untuk diikuti
Jangan merana bawa ke mati

{KEJORA DI LANGIT BIRU}

Anonymous said...

KJ menang dengan penuh bergaya
Lawannya memang tidak berdaya
Bintang kejora terus sinari cahaya
Gemerlapan di langit angkasa raya

Ramai yang agak sedari mula
Dia yg paling layak jadi kepala
Menang besar mencerita segala
Tak perlulah nak dipertikai pula

KJ jadi pemenang kita tak rugi
Dia memang hebat segenap segi
Sokongan padanya teruslah bagi
BN pastinya lebih cemerlang lagi

Kepada umno dialah senjata
Tumpaskan musuh merata-rata
Lantang berdebat penuh fakta
Ramai dah lihat bukti dan data

Dia lah lampu dia lah pelita
Cekap berfikir bijak berkata
Cerdik bagai seorang pendita
Jadi pemimpin harapan kita

Khairy dah banyak tabur budi
Kepada umno dia seperti nadi
Kempen musuh serba tak jadi
Bagai lalang mengganti padi

KJ memangnya pemimpin sejati
Musuh dilenyek semacam capati
Kemenangan besar sebagai bukti
Teruskan sumbang khidmat bakti

Khairy orang yang bijak dan cekap
Tak kira bekerja atau pun bercakap
Lawannya habis tercungap-cungap
Semuanya masuk angin keluar asap

Tak pernah jadi sejarah ditempa
Empat orang lawan datang terpa
Semua abuk tak dapat undi apa
Barulah mereka kenal KJ siapa

Hanya yang bijak tahu menilai
Yang bodoh cuba tunjuk pandai
Berlagak lebih tak sedar bingai
Akhirnya diri jadi seperti kaldai

KJ memang tersangat bertuah
Menang besar cara bermaruah
Akar umbi sokong dari bawah
Bagai pokok menghasil buah

Pihak yang kalah usah berdendam
Sengketa yg lalu biarlah terpadam
Teruslah kuatkan tekad dan azam
Bersama UMNO bara digenggam

Najib umum buat transformasi
KJ dan BN memang dah serasi
PRU 14 nanti akan terus beraksi
Kemenangan samalah kita saksi

{KEJORA DI LANGIT BIRU}

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates