Monday, October 14, 2013

KJ Ucap Penghargaan Kepada Penyokong Diatas Sokongan Padu @Khairykj #PemilihanUMNO #KJKP #01


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana terus memberkati perjuangan saya dengan keputusan pemilihan Pemuda UMNO yang baru berlangsung. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para perwakilan yang telah mengundi saya pada Sabtu lalu seterusnya membolehkan saya kekal memimpin sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia buat satu lagi penggal.

Sokongan padu daripada para perwakilan di seluruh negara amat menginsafkan saya dan membuat saya sedar akan amanah dan tanggungjawab yang berat ini.

Sesungguhnya kepercayaan ini membuktikan para perwakilan akar umbi menyokong penuh agenda progresif dan politik penyelesaian yang saya amalkan selama ini. Kejayaan ini juga merupakan satu manifestasi bahawa sayap Pemuda terus utuh serta kekal bersatu. Saya yakin kesatuan ini akan memudahkan gerakkerja kita dalam mendekati dan menyakinkan generasi muda amnya.

Saya juga ingin mengalu-alukan para ahli jawatankuasa pusat yang baharu untuk sama-sama kita mengukuhkan sayap Pemuda berlandaskan ideologi progresif tanpa sesekali berkompromi tentang perjuangan agama, bangsa dan negara.

Marilah kita sama-sama berusaha mengukuhkan sayap Pemuda agar terus dapat memberi khidmat bakti yang ikhlas dan jujur kepada rakyat. Tak guna kita popular dalam parti tapi ditolak oleh rakyat. Akhirnya rakyat jua yang bakal menentukan kepimpinan negara. Mohon hidayah dari Allah SWT semoga kita berjuang dengan ikhlas dan terus utamakan rakyat agar UMNO kekal memimpin negara".

Kenyataan diatas dipetik menerusi laman facebook www.facebook.com/khairykj



Sementara itu di TL twitter sehingga kini kelihatan ratusan ucapan tahniah kepada KJ.


Begitu juga dengan aku.... Tahniah KJ! 

No comments: