Friday, May 19, 2017

0 #TN50 Tun Mahathir Hilang Arah...

Tun M mudah lupa... era beliau sebenarnya lagi teruk dari kes pelempang yang berlaku di sri perdana baru-baru ini!

Tun sebenarnya cemburu dengan era kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Razak . Ini kerana Trasformasi Nasional TN50 lagi terbaik dari "Wawasan 2020"! Itu je sebenarnya...

Konsep 'bottom-up' yang diketengahkan ia adalah strategi terbaik sekaligus menjadi platform untuk generasi Y dan Z menyuarakan pandangan dan idea mereka untuk pembangunan negara.

Namun usah dirisaukan kerana Dato' Seri Najib akan laksanakan apa yang telah Tun usahakan dulu...

Berbalik dengan cerita pelempang... ya Tun... Tun memang hebat... hebatnya Tun sehinggakan rakyat tak lupa dengan insiden berdarah di Memali... Rakyat juga tak lupa dengan kezaliman yang pernah Tun lakukan sehingga tercetusnya Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Kehebatan Tun juga boleh buat sang mata lebam u-turn! Berpatah balik dan jilat belakang sampai lebam! Pelik dan dahsyat ni!

Banyak lg dan banyak lagi... Tak perlu lah saya aibkan Tun disini... kerana jasa Tun masih saya kenang...

Oleh itu ada baiknya Tun berehat dan berundur dari dunia politik ketika ini.. Berilah peluang kepada Dato' Mukhriz Mahathir untuk membuktikan kejantanannya untuk melibas bahtera kami (UMNO/BN). Dah lama kami tunggu dengan tenang dan sabar...😂😋👊

Malu... kami malu melihat Tun dipergunakan untuk kepentingan politik individu tertentu... Berehatlah Tun... #melayumudahlupa

FB - https://goo.gl/E9oiKu

-BroJinggo

Tuesday, February 28, 2017

0 #TN50 : Anak muda Terengganu cetus idea bernas! @Khairykj @NajibRazak



Destinasi jelajah dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kali kedua yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun semalam mendapat sambutan menggalakan dari golongan belia. Kira-kira 30 peserta tampil memberi pandangan dan aspirasi menjelang TN50.

Antara idea yang diketengahkan merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, sukan dan juga beberapa perkara tentang nilai-nilai masyarakat yang telah dibangkitkan.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan majlis tersebut berkata, beliau berpuas hati dengan idea bernas yang dicetuskan.

Beliau berpendapat jika momentum semangat serta aspirasi anak muda ini diteruskan ke setiap siri jelajah dialog TN50, ianya akan membawa kejayaan dalam merencana masa depan Malaysia.

Majlis tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Dalam ucapannya beliau menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.
Terdahulu peserta dialog, Sdr Mohd Rafi Kori melontarkan aspirasinya yang inginkan universiti sukan pertama dibina.

Sementara itu, YB Khairy berkata, pihaknya menyambut baik tawaran Menteri Besar Terengganu dan akan membawa cadangan tersebut ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi kerana pembinaan universiti sukan perlu datang daripada Kementerian tersebut.

Siri dialog peringkat negeri seterusnya akan diadakan di Johor pada 3 Mac bertempat di Politeknik Ibrahim Sultan pada jam 4:30 petang. Sila daftar sekarang di www.mytn50.com dan sertai dialog TN50 secara langsung.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku! #TN50.
-Bro Jinggo

Sunday, February 26, 2017

0 Siri Dialog #TN50 Mendapat Sambutan Generasi Muda Sabah! @NajibRazak @Khairykj



Sesi jelajah #TN50 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah jumaat lalu disifatkan sebagai sangat berjaya oleh Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuka tirai jelajah TN50 dengan memberi kata ucapan yang bersemangat kepada peserta yang hadir...

Menurut kata Ketua Menteri, penglibatan belia Sabah sangat diperlukan bagi mencorak negeri Sabah pada tahun 2050.

Aset yang paling penting dalam negara adalah modal insan. Oleh itu, kita perlu generasi akan datang yang akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran.

Sesi dialog tersebut dihadiri oleh 1,200 peserta dari generasi muda Sabah yang memberi pandangan dan aspirasi mereka bagi mencorak masa depan negaraku!

Diantara aspirasi yang disuarakan oleh generasi sabah ialah dari sudut pembangunan yang lebih seimbang bagi memastikan pelan perancangan peringkat negeri dan TN50 berjalan dengan seiring.

Juga menyentuh kemudahan asas pengangkutan dan lebih memberi penekanan pembangunan bistari. Seperti sistem keretapi komuter menyeluruh bagi memudahkan pergerakan di dalam Sabah.

Serta peluang pekerjaan berkualiti mengikuti peredaran masa agar belia bebas hutang dan lain-lain lagi...

Dalam ucapan penutup oleh YB Khairy beliau menegaskan bahawa aspirasi masa depan ini bukan milik beliau atau perdana menteri tetapi ini adalah masa depan kita bersama... Aspirasi inilah yang mencorak masa depan kita!

Dalam siri jelajah ini juga YB Khairy telah mendengar lebih dari 30 aspirasi anak muda Sabah.. Ekonomi, Keselamatan, Pendidikan, Alam Sekitar dan pelbagai lagi aspirasi menarik dari belia Sabah.

Siri jelajah seterusnya pula akan diadakan di negeri Terengganu pada 27 Feb bertempat di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dungun.

Siaran secara live siri jelajah dialog #TN50 peringkat negeri Terengganu juga boleh ditonton melalui facebook.com/mytn50 pada hari tersebut.

Suarakan aspirasi anda demi masa depan negaraku #TN50

-BroJinggo
Twitter @Brojinggo

Wednesday, February 15, 2017

0 Apa itu Transformasi Nasional 2050? #TN50 @NajibRazak @Khairykj


Apa itu Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pelancaran Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada 19 Januari yang lalu dalam sesi dialog TN50 di Universiti Malaya turut melahirkan perasaan optimistik kepada kita terutama kepada belia.


Bahkan kemunculan YB Khairy Jamaluddin di kaca TV semalam sudah cukup untuk menerangkan secara terperinci dan jelas apa itu TN50.

TN50 yang diilhamkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan dicetuskan dalam Bajet 2017 yang lalu merupakan sebuah gagasan baharu Malaysia pada tahun 2050 nanti.

Ianya merupakan kesinambungan daripada Wawasan 2020 dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meneruskan rencana memajukan negara untuk 30 tahun akan datang. Kita perlu ke hadapan, tidak boleh berhenti pada 2020 dan tak ada wawasan lagi.

Datuk Seri Najib telah merangka satu visi baharu buat Malaysia dan pada masa sama menyerahkan kepada anak muda untuk menentukan hala tuju serta bagaimana TN50 dapat dicapai.

Visi yang akan digalas anak muda, dipacu Kementerian Belia dan Sukan bagi melihat Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan dan pemikiran jitu anak muda.

Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksana fasa pertama membabitkan pengumpulan pandangan dan suara anak muda melalui kaedah maya atau digital melibatkan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, sebelum semua pandangan tersebut dikategorikan mengikut bidangnya.

Justeru, golongan muda perlu bersama-sama mencurahkan idea dan pandangan terhadap TN50 jika mahu melihat Malaysia berdiri gah di mata dunia sebagai negara maju dan makmur dengan rakyat hidup penuh harmoni pada tahun 2050.

Marilah kita bersama membina masa depan negaraku bermula dari sekarang.
 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates