Wednesday, February 15, 2017

0 Apa itu Transformasi Nasional 2050? #TN50 @NajibRazak @Khairykj


Apa itu Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pelancaran Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada 19 Januari yang lalu dalam sesi dialog TN50 di Universiti Malaya turut melahirkan perasaan optimistik kepada kita terutama kepada belia.


Bahkan kemunculan YB Khairy Jamaluddin di kaca TV semalam sudah cukup untuk menerangkan secara terperinci dan jelas apa itu TN50.

TN50 yang diilhamkan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan dicetuskan dalam Bajet 2017 yang lalu merupakan sebuah gagasan baharu Malaysia pada tahun 2050 nanti.

Ianya merupakan kesinambungan daripada Wawasan 2020 dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meneruskan rencana memajukan negara untuk 30 tahun akan datang. Kita perlu ke hadapan, tidak boleh berhenti pada 2020 dan tak ada wawasan lagi.

Datuk Seri Najib telah merangka satu visi baharu buat Malaysia dan pada masa sama menyerahkan kepada anak muda untuk menentukan hala tuju serta bagaimana TN50 dapat dicapai.

Visi yang akan digalas anak muda, dipacu Kementerian Belia dan Sukan bagi melihat Malaysia berkembang pesat sebagai negara maju mengikut acuan dan pemikiran jitu anak muda.

Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksana fasa pertama membabitkan pengumpulan pandangan dan suara anak muda melalui kaedah maya atau digital melibatkan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, sebelum semua pandangan tersebut dikategorikan mengikut bidangnya.

Justeru, golongan muda perlu bersama-sama mencurahkan idea dan pandangan terhadap TN50 jika mahu melihat Malaysia berdiri gah di mata dunia sebagai negara maju dan makmur dengan rakyat hidup penuh harmoni pada tahun 2050.

Marilah kita bersama membina masa depan negaraku bermula dari sekarang.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates