Showing posts with label GEMPAK. Show all posts
Showing posts with label GEMPAK. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Pemuda BN Lancar GEMPAK Ingatkan Rakyat Pembohongan Pembangkang


Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) dalam usaha mengingatkan rakyat terhadap segala pembohongan dan fitnah pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya jangkakan bahan kempen pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah, negatif kempen serta kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin BN dengan menggunakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas, fitnah, pembohongan dan juga dengan menggunakan bukti yang tidak sahih.

Menurut beliau kempen berkenaan adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa pembangkang sudah ada ‘track record’ dalam melaksanakan kempen fitnah sedemikian rupa sebelum ini dan segala pembohongan mereka terkandung di dalam GEMPAK.

“Kita telah kumpulkan bahan dan fakta berdasarkan kepada kajian kita yang ambil beberapa kes pembohongan serta fitnah yang dilakukan oleh pembangkang sebagai contoh bahawa inilah antara contoh bagaimana mereka akan menjaja fitnah dalam pilihan raya kali ini.

“Kita kumpulkan dalam GEMPAK ini semua fitnah yang telah dibuat oleh pembangkang. Kita akan buat dalam bentuk flyers, dalam bentuk cd dan juga dalam bentuk ‘content’ yang akan kita muat naik dalam facebook dan juga tweeter supaya rakyat tahu dan waspada tuduhan yang datang daripada pembangkang.

“Justeru Pemuda BN akan bergerak di setiap kawasan menerusi komponen kita untuk ingatkan rakyat sikap pembohongan dan fitnah yang telah diamalkan pembangkang selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran GEMPAK di sini, hari ini. Turut serta Ketua-Ketua Pemuda parti komponen BN yang lain. Terdahulu sebelum itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menunjukkan kepada pihak media antara contoh pembohongan serta fitnah yang dibuat oleh pembangkang sebelum ini.

Antaranya pemalsuan surat oleh pembangkang, poster lebuhraya tanpa tol di Thailand sedangkana ada tol di lebuhraya berkenaan, pembohongan kos perkhwinan anak PM, felda ada urus niaga di israel, manipulasi imej dan sebagainya.

Tambah Khairy lagi turut dimuatkan dalam GEMPAK adalah janji yang telah dibuat oleh pembangkang pada 2008 yang lalu.

“Keduanya adalah mengenai pembohongan pembangkang mengenai janji-janji. Ada dua kategori. Satu kategori adalah fitnah dan satu lagi janji-janji 2008 yang tak tertunai. Kita kena ingatkan rakyat bahawa janji mereka dalam manifesto mereka kali ini tidak boleh dipakai disebabkan majoriti janji 2008 baik diperingkat negeri pun tidak tertunai.

“Ini kita namakan sebagai siri Janji Mungkir janji..(JAMUNJI) iaitu janji pada PRU 2008 iaitu di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Ini semua kita tahu tetapi kita ingatkan rakyat janji yang tidak tertunai oleh kerajaan di negeri yang diperintah oleh pembangkang.

“Saluran yang akan kita guna saluran rasmi Pemuda BN……cd, flyers. Material ini akan kita edarkan di seluruh negera bermula sekarang sebagai satu mesej. Saluran kedua BN Youth Cyber Team (BNYCT) iaitu menerusi unit media baru kita.

“Ketiganya melalui Pentas Pemuda, mahasiswa, selain BN Youth Volunterss (BNYV) untuk golongan profesional dan Utusan Pemuda iaitu jentera baru yang kita tubuhkan untuk edar bahan seperti flyers di kawasan tumpuan awam dan sebagainya,” Katanya.

Pada sidang media itu juga Khairy turut memberitahu Pemuda BN menyatakan sokongan yang berterusan secara rasmi kepada pasukan keselmatan yang berjuang di Lahad Datu dan sentiasa berada di belakang.

“Dan kita juga tidak akan berkpromi dengan mana-mana pihak yang memperlekehkan peranan anggota keselamatan kita serta ‘respons’ kerajaan kita terhadap pencerobohan yang berlaku di Sabah,” katanya. -MediaUMNO

Sekitar Sidang Media GEMPAK Pemuda!




Pembohongan demi pembohongan Pembangkag didedahkan oleh YB Khairy Jamaluddin dalam sidang media Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) #GEMPAK


Kepimpinan Pemuda BN memegang poster dan bahan-bahan yang akan diedarkan Gempak untuk diedarkan kepada rakyat di seluruh negara bagi menyedarkan masyarakat akan fitnah dan pembohongan yang telah dan akan dilakukan oleh pembangkang terhadap kepimpinan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-13









Berita selanjutnya selepas ini...