Wednesday, November 23, 2011

Harimau Muda Dapat Ganjaran RM30,000 Seorang


Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.

Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin, Selasa malam.


"Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu," katanya.

Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin, skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Bernama melaporkan, Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana.

"Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini," katanya.

Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, rabu malam ini.

Beliau berkata setakat ini penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.

Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka).

Kalah Bola: Indonesia Tunjuk Sikap Tidak Bertamadun! Bakar Bendera Malaysia!


Kumpulan penyokong bola sepak Indonesia yang menconteng dan membakar Jalur Gemilang setelah pasukan mereka tewas dalam perlawanan sukan SEA kemarin disifatkan seperti hidup di zaman yang tidak bertamadun.

Jelas di lihat mereka ini bukan daripada kalangan golongan intelektual.. Sikap mereka memalukan rakyat Indonesia seolah-olah mereka tidak mempunyai maruah bangsa mereka sendiri.

Malah sebelum berlangsungnya perlawanan semalam, Indonesia langsung tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, ketika lagu Negaraku semasa dikumandangkan .

Gelagat rakyat Indonesia telah mengguris hati rakyat Malaysia. Apa perlu berpelakuan sebegini hanya kerana permainan yang di namakan bola sepak, sungguh dangkal!!

Tuesday, November 22, 2011

Kalah Bola, Pelajar Malaysia Di Indonesia Diugut Bunuh!


Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di Jakarta malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat—maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.


Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.

"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat—maswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini Selasa,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pada pagi tadi di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

"Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.

Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini. -Bernama

Bila lah agaknya Indon ni nak jadi Orang?