Tuesday, November 6, 2012

Hassan Ali : Kenyataan Nurul Izzah Tiket Percuma Sesatkan Umat Islam


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang.

Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.

JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.

Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.

Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.

Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.

Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.

Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?

Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
5 November 2012

Pihak Berkuasa Agama Islam Digesa Memanggil Nurul Izzah



Pihak berkuasa agama Islam digesa memanggil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bagi menjawab kontroversi kenyataan beliau mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan kepada pihak berkuasa kerana kenyataan tersebut telah menjadi isu kepada negara dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Saya juga mencadangkan pihak Peguam Negara meneliti isu tersebut dan mengkaji adakah ia termasuk di bawah Akta Hasutan, kalau benar disabit kesalahan serta kes itu memerlukan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

- Utusan Malaysia

Nurul Izzah Sudah Pening, Cakap 'Melayu Bebas Pilih Agama'... Dalam Gereja



Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.

Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.

Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu.

Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan.

Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.

Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.

Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya. Baca lagi...

Monday, November 5, 2012

Guan Eng's "Inhuman Attributes" Being Observed Deeper By Penangites


Lim Guan Eng may be in for trouble with his ‘dictatorial’ manner in passing the Anti-Hopping Bill in the recently concluded state assembly sitting.

He bull-dozed the bill regardless of the advise from the party’s strongman Karpal Singh that the bill went against the Federal Constitution, making it not relevant even if passed.

He ‘angered’ Lydia Ong for stopping her from being at her father’s side seconds or minutes before the latter passed away in hospital and blaming Pulau Tikus assemblyman Koay Teng Hai for being away in the United States when the bill needed two-thirds majority vote to be passed.

He also ‘angered’ PKR and PAS assemblymen by not trusting them in the voting process although he has the sufficient number of votes to pass the bill without having to stop Lydia Ong from being ay her late father’s side and forgetting the Pulau Tikus assemblyman absence.

Guan Eng, who distrusts anybody and everybody, had not cared about all sensitivities and devoid of human emotions, had projected his worse and ugly character in this episode.

In the present highly volatile political atmosphere, the Penang Chief Minister who is dubbed as the Tokong, has actually touched on the most sensitive nerves of human character – TRUST.

The distrust with PKR has existed some time ago when Penang PKR chief Mansor Othman termed him as arrogant and corky, which secret meeting was leaked in April.

With PAS, it is not so much of the distrust at state level as PAS does not compete with DAP on seats since PAS contests on only Malay majority seats but the distrust is on principles – Islamic fundamentalism and secularism.

The verbal war on the issue has toned down but the distrust lingers on as leaders of both parties try to maneuver each other and to project to their supporters the ‘good and cordial’ relationship both parties enjoy now.

The circumstances Guan Eng is in right now is not good as the distrust works both ways – PKR and PAS members who are Malays – seem to be reciprocating the way.

And since the Lydia Ong incident, some of the Chinese voters are having doubts on Guan Eng’s ‘human character’, questioning whether this man has any ‘human emotions in him’ or he is just like Anwar Ibrahim, the man who does not care for anybody so long as he achieves what he wanted.

Given the political scenario in Penang where Guan Eng had a strong confidence of retaining his power, the recently developed episode has put a dent to his confidence as the basic principle of human character in him is being questioned.

While the Malays in PKR and PAS have one way or another made up their minds on who Guan Eng truly is, the Chinese who have all the while adore him are now having doubts.

Dua Minggu Ke Sebulan Jarak Masa Sesuai Umum Nama Calon BN - Khairy


Pemuda Barisan Nasional (BN) berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal dilaksanakan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu.

"Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai," katanya dipetik dari Bernama.

Menurutnya, langkah menamakan lebih awal calon-calon itu juga boleh dilaksanakan terlebih dahulu di kawasan yang dikenal pasti majoriti pengundinya menyokong BN.

Kawasan yang sesuai dipertimbang bagi penamaan itu perlu mempunyai calon yang jelas dan telah diterima masyarakat seperti kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan dan kawasan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh.

Pada 26 Oktober lepas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.

Mengulas calon dalam kalangan Pergerakan Pemuda Umno, Khairy berkata, pergerakan itu ada meminta Najib selaku Pengerusi BN memilih calon daripada pergerakan itu untuk bertanding di bawah panji BN pada PRU Ke-13 nanti.

"Kami minta, tapi kami tak tuntut peratusan atau bilangan berapa ramai calon Pemuda dipilih kerana yang penting kami perlu ada 'winnable candidate' yang dipilih Pengerusi BN (Najib) sendiri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Senarai Pemuda (Umno) yang sudah diserah kepada Pengerusi BN hanya pusingan pertama, masih ada pusingan kedua dan seterusnya, masih ada tapisan lagi selepas ini. Maka kami tak tahu siapa akan dipilih dalam kalangan Pemuda," katanya.

Beliau berkata, pergerakan itu sedang melipat gandakan usaha bagi memastikan empat negeri yang kini diterajui pembangkang akan kembali ke pangkuan BN. "Usaha kami terkini ialah kami ke depan dengan isu di empat negeri ini. Seperti dalam laporan ketua audit negara banyak kepincanganya dalam negeri pembangkang antaranya skandal Lembah Sireh di Kelantan.

"Pemuda BN di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan perlu tonjolkan semua ini kepada rakyat supaya BN dapat beri tekanan kepada pembangkang dan ceritakan kepada rakyat apa mereka buat kini sebenarnya tidak betul," katanya. -Agendadaily