Saturday, November 10, 2012

Nurul Izzah Liabiliti Kepada PKR


Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.

Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai.

Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.

Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!

Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.

Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri.

Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'?

Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya.

Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'.

Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar.

Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama.

Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama.

Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu.

Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama.

Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama.

Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.

Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu?

Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam?

Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan.

Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.

DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini.

PAU: 476 Usul Daripada 191 Bahagian Akan Dibahas


ebanyak 476 usul daripada 191 bahagian UMNO dipersetujui untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini.

Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul perhimpunan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak.

"Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -Bernama

Friday, November 9, 2012

Lynas Boleh Beroperasi: Fakta Tetap Mengatasi Auta


Mahkamah Tinggi telah memutuskan semalam bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.

Pihak yang menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai ‘penduduk Kuantan’ diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, menyatakan akan membuat rayuan supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.

Yang menghairankan ialah ‘penduduk Kuantan’ ini terdiri secara majoritinya dari kaum Cina.

Manakala, kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu. Ketika keputusan diumumkan, kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.

Ramai di antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.

Secara logiknya, pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di sekitar kawasan berdekatan. Ini kerana objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk setempat, selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara.

Justeru, siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama ‘penduduk Kuantan’ itu jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar? Dan apakah sebenarnya motif mereka?

Selama ini yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina. Kesungguhan mereka menentang Lynas dan menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa, menimbulkan kehairanan dan syak wasangka. Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang mereka. Namun, dengan segala usaha dan dana yang ada, pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak selamat.

Maka jelas sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong, kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat. Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng. Lagipun, sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap nasib kaum lain? Apakah niat mereka sebenarnya?

Penulis bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman, tetapi sikap kiasu kaum ini sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di Singapura. Selain itu, sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa yang penulis maksudkan.

Namun, sikap mereka bukanlah isu. Isunya ialah kenapa dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan, mengerahkan tenaga dan masa untuk menegakkan sebuah auta?

Apakah benar ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR? Atau apakah ia ada kena mengena dengan ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar?

Melihat dari apa yang berlaku, tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu. Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia selain mengganggu kestabilan dalam negara.

Motif? Sukar dipastikan. Tetapi jika ia adalah untuk menjaga kepentingan negara China, maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap negara ini masih menjadi tanda-tanya.

Buat masa ini, kita turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.