Friday, July 19, 2013

Azhar Idrus Suruh Undi Barisan Nasional : Paham Tak Orang PAS !!


Betullah kata Azhar Idrus,yang dimaksudkan sebagai siapa yang mengundi PAS dan bersekongkol dengan parti Cina yang menentang kerajaan Islam akan masuk neraka. Kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan BN yang didokongi oleh UMNO sebuah parti yang memperjuangkan orang Melayu dan Islam.

Terengganu sekarang juga adalah diperintah oleh kerajaan BN, kerajaan yang beroaksikan Islam. Tidak betul jika ada orang yang mengatakana UMNO dan BN tolak Islam kerana kebangkitan Islam di Malaysia adalah kerana asas perjuangan UMNO yang begitu kuat mendokongi Islam.

Tidak ada sebab kalau ada orang yang cuba putar belitkan kenyataan yang kononnya UMNO memperjuangakn kebangasaan, tentu sekali orang ini sudha nyayuk kerana nama UMNO itu sendiri adalah mewakili Melayu. Di Malaysia ini 99 % Melayu adalah Islam.

Tak perlu lah percaya dengan kartut marut PAS yang mehukan rakyat menolak UMNO kerana UMNO menolak Islam , kata pemimpin mereka. Pemimpin yang begitu marah dengan kerajaan BN yang telah banyak membina masjid di Malaysia yang mana mereka menuduh kerajaan bina masjid kerana mahukan komisyen. Tanggung lah dosa dosa itu di akhirat nanti.

-N9kini.net

Abby Abadi Bernikah Dengan Lelaki Muda


Bekas Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.


Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

“Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

“Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

Abby sering mendapat kritikkan oleh pengikutnya di twitter kerana keceluparan mulutnya... harap di bulan puasa ini Abby dapat muhasabahlah diri disamping suami mudanya...

Tanah Bukit Kiara: Raja Nong Chik saman Nurul Izzah


Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memfailkan saman terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai lepas melalui Tetuan Raja Riza & Associates.

Beliau menamakan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong, sebagai defendan.

Media memperoleh writ saman itu hari ini.

Peguam M.Reza Hassan memberitahu pemberita bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, 60, mendakwa Nurul Izzah, 33, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.

Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Thursday, July 18, 2013

Alvin, Vivian Di Penjara, Mahkamah Tolak Ikat Jamin!


Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO.

Al kisah 'mengintai' Mat Sabu dan Aishah di Pulau Perhentian​...


Pulau Perhentian ada 734 pengundi berdaftar.Oleh kerana PAS dapat lebih 250 undi di situ pada PRU 13, sudah tentu pulau peranginan itu tidak terlepas sasaran kempen jentera itu bagi memenangkan calon mereka Azlan Yusof pada pilihanraya kecil Kuala Besut.

Tentunya PAS menjangkakan dapat tambah undi di pulau itu jika menghantar Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkempen dengan Azlan atau dikenali sebagai Che Long di situ Selasa malam.

Apatah lagi rombongan ke pulau yang dihubungkan dengan perjalanan bot kira-kira 30 minit dari jeti Kuala Besut turut  ditemani penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang tewas kepada Tan Sri Isa Samad di kerusi Parlimen Jempol pada PRU lalu.

Berkobar-kobarlah jentera PAS ke pulau itu sejak tengahari sebelum ketibaan Mat Sabu, Azlan dan Aishah pada petangnya.

Kempen mereka ‘walkabout’ rumah ke rumah bertemu penduduk di situ memperkenalkan calon, merayu undi dan menjemput mereka mendengar ceramah selepas solat Isyak dan Terawih.

PAS siap bawa kumpulan Dikir Barat bagi memulakan kempen.

Lagu  tukang karut memang menarik tetapi malangnya hanya kanak-kanak yang bergoyang kepala mendengar persembahan tersebut.

Ingatkan penduduk akan berduyun-duyun untuk mendengar ceramah Mat Sabu, Aishah dan calon mereka namun bilangan mereka yang datang boleh dikira dengan jari.

Itu cerita jurugambar bebas Minaq Jinggo yang ikut serta dalam kempen PAS di Pulau Perhentian.

Dia sendiri ‘malu’ nak beritahu jumlah sebenar yang hadir dengar ceramah tersebut.

Selepas diasak, Jinggo dedahkan angka yang dengar ceramah tidak sampai 100 orang.

Bagi kempen di sebuah pulau, jumlah itu boleh dikira ramai tetapi yang boleh jadi gelak apabila Jinggo jelaskan, 100 orang itu termasuk rombongan jentera kempen dan kumpulan dikir barat yang dianggarkan kira-kira 80 orang yang datang dari Kuala Besut.

Pecah juga tembelang PAS. Sebab itu Harakah dalam laporannya tidak sebut angka mereka yang dengar ceramah PAS di Pulau Perhentian.

Pada ceramah itu, Azlan hanya memperkenalkan diri dan minta penduduk pulau itu menyokongnya.

Katanya,sewaktu berumur 18 tahun sudah biasa berada di Pulau Perhentian dan mempunyai kawan rapat, malah penduduk di situbukannya asing dengan beliau.

Che Long tidak ceritakan di kawasan mana di pulau itu beliau habiskan masa remajanya adakah di Long Island – pantai yang jadi tempat pelancong Mat Salleh melepak menjemurkan diri atas pasir dengan separuh pakaian atau di tempat lain.

Mat Sabu pula dengan cerita-cerita politik semasa yang sudah basi manakala Aishah syok cerita pasal kisah hidupnya dari zaman artis hingga sertai PAS.

Ada wartawan yang ke pulau itu beberapa hari lalu bergosip sesama sendiri – adakah Long Island itu milik Che Long? Sebab nama Long itu sama.

Habis kempen dan ceramah lain pula ceritanya.

Ini yang buat Jinggo dan beberapa petugas media kecut perut kerana mereka balik ke Kuala Besut menaiki sebuah bot yang kapasitinya hanya untuk 60 orang tetapi disumbat hampir 80 orang.

Sahihlah cerita Jinggo yang ramai dengar ceramah adalah orang luar pulau.

Pada mulanya petugas media tidak dibenarkan naik bot itu atas alasan tidak muat.

“Mana boleh, kami ikut buat liputan,” kata Jinggo yang akhirnya sama-sama belayar dalam gelap meninggalkan pulau itu ke Jeti Kuala Besut.

Dalam bot, Jinggo bertambah kecut perut kerana belayar dalam gelap dan berulangkali beliau istiqfar khuatir berlaku apa-apa kerana bot bukan saja sendat tetapi belayar tanpa lampu.

Bagaimanapun, rombongan bot itu selamat sampai ke jeti selepas tengah malam.

Kemungkinan besar bot yang digunakan itu adalah bot persendirian.

Tiada bot penumpang ulang alik ke pulau itu dari Kuala Besut waktu malam.

Lagipun bot penumpang cuma muat antara 12 hingga 14 penumpang sahaja.

Menurut Jinggo, PAS tidak pernah berkempen ke pulau itu sebelum ini.

Ini diakui Mat Sabu ketika ditanya media tetapi kerana yakin dapat tambah undi dalam PRK Kuala Besut, jentera PAS cuba nasib dengan harapan dapat tambah undi.

Kelakar juga kisah benar dialami Jinggo dan rombongan jentera PAS ke situ.

Cuma nasib baik Mat Sabu tak keluar kenyataan, ramai pelancong asing di pulau itu turut tertarik dengan ceramah PAS padahal parti itu bawa orang luar untuk dengar dan nak tunjuk penonton ramai. –Agendadaily

Wednesday, July 17, 2013

Kempen Berhemah, Tidak Agresif Kekuatan BN - Khairy


BESUT: Barisan Nasional (BN) yakin strategi kempen secara berhemah dan tidak agresif ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa merupakan pendekatan terbaik dalam memenangi hati pengundi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata pendekatan bersemuka dengan pengundi serta mengunjungi rumah ke rumah merupakan kekuatan parti itu.

"Corak kempen sebegini merupakan kekuatan kita terutamanya dalam usaha mendekati rakyat dengan lebih dekat.

"Pendekatan secara sentuhan peribadi di siang hari pada bulan Ramadan seperti ini dilihat diterima dan disenangi rakyat terutamanya pengundi muda," katanya pada sidang media selepas bertemu pengundi di Kampung Seberang Barat di sini, Rabu.

Selain itu Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno yakin untuk mendapatkan undi daripada generasi muda namun menolak tanggapan bahawa parti terlalu yakin untuk menang.

"Jika kita terlalu yakin, tidak ada siapa pun pemimpin BN akan datang ke Kuala Besut dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak akan melawat tempat ini beberapa kali.

"Bagaimanapun kita tidak seharusnya mengambil mudah kerana kerusi Kuala Besut tidak akan menjadi milik BN secara automatik, kita akan berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN," katanya.

Selain itu Khairy turut menyeru pengundi muda supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi walaupun hari pengundian pada hari bekerja.

"Saya harap pengundi muda akan memberi undi kepada BN," katanya.