Saturday, March 28, 2020

Padah - Wanita Hina Polis Di Media Sosial Ditahan!





Pendang  - Seorang wanita ditahan malam tadi, selepas memuat naik status menghina polis di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata wanita berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan pada jam 11.30 malam di rumahnya di sini.

Lelaki Ingkar PKP, dikejar ASKAR!



CCTV - Lelaki ingkar mengikut arahan kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dikejar ASKAR! - ini namanya tak de pasal cari pasal!!

Friday, March 27, 2020

PAKEJ PRIHATIN - Makcik Kiah Mampu Tersenyum!






Perdana Menteri menggunakan analogi Makcik Kiah sekeluarga bagi memudahkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap bantuan yang disalurkan menerusi Pakej PRIHATIN ini.

Analogi Makcik Kiah sekeluarga mudah difahami… Terima Kasih PM TSMY

Setelah selesai pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, nama Mak Cik Kiah kini trending di media sosial.

[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.


Makcik Kiah Trending di Media Sosial!





Perdana Menteri menggunakan analogi Makcik Kiah sekeluarga bagi memudahkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap bantuan yang disalurkan menerusi Pakej PRIHATIN ini.

MENGGUNAKAN analogi penjual pisang goreng bernama Makcik Kiah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada bantuan diumumkan kerajaan, rakyat mampu tersenyum dengan pelbagai bantuan disalurkan.

Video Tular - Sekumpulan Lelaki India Berkeras Dengan Polis !





Video tular sekumpulan lelaki berbangsa India yang degil dengan arahan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) mengundang pelbagai reaksi netizen…

Berikut diantara ulasan netizen di media sosial.
———————————————

Thursday, March 26, 2020

Daun Semambu Penawar Wabak COVID-19?







Tiada kajian saintifik membuktikan daun semambu mampu merawat Covid-19.

Pakar Imunologi dan Virologi daripada Akademi Sains Malaysia , Prof Dr Shamala Devi Sekaran serta Fellow Akademi Sains Malaysia yang juga pakar epidemiologi dan statistik perubatan, Profesor Datuk Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud sepakat mengenainya.



Mereka ditemubual Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang disiarkan di FB Live Khairy hari ini.

Penjelasan KJ Sebab Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan!

Penjelasan KJ Sebab Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan!





Lanjutan tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 April bukan keputusan mudah, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

"Sudah pasti ini akan membebankan rakyat. Namun segala fakta kesihatan, sains dan epidemiologi menuntut agar ia dialanjutkan untuk meratakan lengkung jangkitan," katanya menerusi Twitter.

Khairy juga menegaskan bahawa negara sedang berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat, yang mendorong banyak negara melaksanakan perintah berkurung atau lebih ketat.

"Masa untuk berperang memerlukan pengorbanan yang luar biasa.

"Sekiranya penyebaran jangkitan tidak dibendung, kita mungkin tidak mempunyai peralatan kesihatan yang mencukupi seperti ventilator dan katil di unit rawatan rapi untuk merawat pesakit," katanya petang ini.

Menteri itu berkata jika PKP, yang bermula pada 18 Mac dan dijadualkan berakhir pada 31 Mac, tidak dilanjutkan, pengorbanan rakyat selama dua minggu yang lalu akan menjadi sia-sia.

[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.



Wednesday, March 25, 2020

Bacaan Doa #COVID19 Dipimpin oleh Perdana Menteri, TSMY!

#COVID-19 : Dalam Sejarah, Doa Dipimpin oleh Perdana Menteri, TSMY!







Allahu, RAKYAT sebaknya bila mendengar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca doa Mohon Jauh Dari segala wabak Covid-19 dan Kemudaratan. Bila TSMY mengakhiri perutusannya dengan doa menunjukkan bahawa itulah identiti negara kita. Itulah negara Islam.

Hakikatnya, kita serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa.

[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.