Tuesday, December 9, 2008

Pengundi KT lebih matang dan waras dari P. Pauh


Semua mata akan memberikan tumpuan kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu dimana akan menyaksikan pertandingan antara BN yang akan mempertahankan kerusi dan juga Pas yang cuba merampas kerusi berkenaan dari BN. BN tentu akan diwakili oleh calon UMNO. PAS kemungkinan sekali lagi akan mempertaruhkan ayam laganya Mat Sabu yang tewas pada pilihan raya yang lalu di Kuala Terengganu dan BN kemungkinan besar akan menurunkan Senator Wan Farid Wan Salleh yang juga merupakan Timbalan Menteri dalam negeri.


Pilihan raya kecil kali ini akan mencuba dan mengukur akan kredibiliti Pas yang dikatakan mempunyai krisis politik dalaman diantara ahli politik muda dan juga ahli politik veteran yang mana ahli politik muda yang banyak dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim dan ahli politik veteran yang masih memegang kepada kepimpinan Ulama. Pas menghadapi kejatuhan kepercayaan ahli setelah bergabung dengan Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Pas yang kini dianggap oleh penyokong mereka hanya sebagai sebuah parti menumpang dan menjadi boneka terutamanya dinegeri seperti Selangor dan Perak. Malahan parti Pas kini mengalami krisis keyakinan yang teruk di Selangor dimana Pengerusi Pas Selangor baru-baru ini telah menyingkir dua orang kanan Pas dari parti berkenaan dan telah membuat rombakan dalam parti berkenaan.


Kali ini Pas pasti akan menghadapi jalan yang sukar di Terengganu kerana rakyat di Kuala Terengganu pasti mahu mengekalkan rekod baik BN yang menjadi pemerintah dan juga rekod wakil parlimen mereka yang berada dalam kerajaan yang telah menunjukkan prestasi yang memuaskan sebelum ini. Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong baru-baru ini setelah wakil parlimen Kuala Terengganu Datuk Razali yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika bermain badminton di Genting Highland, Kerusi ini pernah dimenangi oleh BN pada tahun 1986, 1990, 2004 dan 2008. Parti Semangat 46 pada tahun 1995 dan PAS pada tahun 1999. BN memenangi kerusi ini pada tahun 2008 dengan majoriti 1,795 undi.


Jika kedua-dua nama kekal sebagai calon yang akan mewakili UMNO dan Pas pasti kekuatan kepada calon berpihak kepada Seanator Wan Farid kerana jika dibandingkan dari segi keperibadian Wan Farid adalah lebih bersih dari Mat Sabu yang mana sebelum ini pernah di hadapkan ke Mahkamah di Kota Bahru apabila didapati berkhalwat dengan isteri sahabat beliau. Namun keputusan mahkamah menyebelahi Mat Sabu apabila beliau diselamatkan dengan keputusan kesilapan teknikal apabila dakwaan dibuat ke atas kesilapan nombor bilik.


Mat Sabu yang sebelum ini adalah merupakan ayam laga Pas yang akhir-akhir ini kurang popular di kalangan ahli Pas setelah banyak kali tewas dalam pilihan raya kebelakangan ini pasti akan mmenghadapi laluan yang getir dan sukar untuk menghadapi Sanator Wan Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Walaubagaimana pun kita akan pasti dijanjikan dengan satu pilihan raya kecil yang seimbang kerana Kuala Terengganu adalah merupakan gelanggang yang sama rata dan pasti pilihan raya ini akan mengukur sejauh manakah pengaruh Pas apabila bergabung dengan Pakatan Rakyat. Pastinya BN mahukan satu kemenangan yang lebih besar untuk membuktikan kepada rakyat bahawa BN masih merupakan sebuah parti yang boleh bersatu apabila menghadapi saat yang memerlukan mereka bersatu. Rakyat di Kuala Terengganu lebih waras dan lebih terbuka berbanding kan dengan pilihan raya kecil di Permatang Pauh.

Sumber KPMU

1 comment:

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah