Sunday, April 19, 2009

Tun Mahathir: BN perlu tanding di Penanti

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah, sebaliknya perlu meletakkan calon bertanding jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang diadakan.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti atau sebaliknya, lapor Bernama.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti Khamis lalu.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

Jambatan bengkok

"Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihanraya," katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

"Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan."

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada projek jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor perlu disambung semula pembinaannya, Dr Mahathir berkata pembinaannya tidak sepatutnya dihentikan langsung.

"Bohong kalau kata rakyat Johor tidak mahu jambatan ini dibina," katanya.

Baru-baru ini terdapat banyak gesaan terutama daripada kalangan ahli politik dan perniagaan dari Johor, supaya kerajaan menimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

5 comments:

D'Rimba said...

Selagi pencetus PPSMI pemansuh tulisan Jawi bermaharajalela selagi itulah pejuang bahasa melebarkan keikhlasan jiwa memartabatkan bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri dalam erti kata yang sebenarnya bagi memacu acaun tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ini banyaknya perlaksana tegar acuan barat........

Ex-UMNO said...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

Tok Pambu said...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan menunggu rebah kebumi.

4 PRK BN/UMNO sudah tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN berasa bangga dgn penampilan anda dalam memberikan info2 terkini mengenai politik tanah air.

Saya mewakili UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN amat berharap agar kita dapat bersua dan berbincang bagi memasang strategi untuk mengembalikan asas perjuangan kita untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Ketua UMNO Cawangan kami, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD menyampaikan salam perjuangan khas buat anda.

Sila layari blog kami di

www.umnogombakselatan.blogspot.com

Kami berharap agar anda juga dapat menyokong usaha kami dalam memperjuangkan Bangsa, Agama, Negara dan Perpaduan kaum di negara ini.

SEKIAN, ALLAH PELIHARA USAHA MURNI ANDA.



Ikhlas dari,

SHAMSURY MOHD SALLEH
Ketua Penerangan merangkap
Editor Blog
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

ps : blog anda dalam senarai link kami

Anonymous said...

AJK PKR Putrajaya ada di sini
http://jamilismail.blogspot.com