Hulu Selangor, 19 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan Zaid dibuat semata-mata untuk menarik sokongan pengundi di kawasan tersebut dengan mengenepikan soal kepentingan parti.
“Ada yang tidak senang dengan pemilihan Zaid antaranya Naib Presiden PKR, Mohd. Azmin Ali dan Ketua Pemudanya, Shamsul Iskandar Akin.
“Mungkin Mohd. Azmin bimbang dengan peranan Zaid yang boleh menggugat kedudukannya apabila dilantik sebagai ahli Parlimen jika beliau menang pilihan raya itu nanti”.
Khairy Jamaluddin meminta parti pembangkang khususnya Ketua Umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencermin diri dari terus menunding jari mencari kesalahan orang lain bagi menutup kepincangan berterusan parti itu.
Tegasnya selepas satu demi satu pemimpin PKR bertindak keluar parti sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena pada parti tersebut terutama kepimpinan Anwar sendiri.
“Ini sebenarnya krisis kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim…ini bukan kerja UMNO. Kalau ada kelemahan pada kita jangan kita buat tuding jari pada orang lain…kita tak lihat kelemahan diri kita sendiri.
“Saya nak minta pembangkang, Anwar cerminkan diri dulu…tengok apa kelemahan yang ada pada beliau”
Khairy berkata demikian sebagai mengulas tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang meninggalkan parti berkenaan dan menyertai UMNO.
Bekas doktor peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu membuat keputusan untuk meninggalkan PKR kerana parti yang diasaskannya bersama-sama Anwar pada pada 1999, sudah hilang arah dan jauh terpesong daripada tujuan asal.
Mengenai dakwaan pemimpin pembangkang kononnya Dr Halili kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon di Hulu Selangor, Khairy berkata ini bukan kali pertama beliau tidak dipilih sebagai calon.
“Dr Halili anak tempatan, dia tinggal di sini, ada pengaruh…terpulang pada beliau untuk minta penyokongnya sokong BN.
“Malah saya turut menerima maklumat ramai lagi ahli PKR khususnya golongan muda yang turut kecewa dengan kepimpinan parti yang akan menyokong BN dalam pilihanraya nanti,” ujarnya.
4 comments:
“Malah saya turut menerima maklumat ramai lagi ahli UMNO khususnya golongan tua yang turut kecewa dengan kepimpinan parti UMNO yang akan gagal meletak calon Melayu di kawasan majorit dan menyokong calon MIC dalam pilihanraya nanti,...selamat mengundi tolak MIC.” ujarnya.
Wooi asim..... mung ni kalau time pembangkang letak calon kapiak mung sokong, tapi bile BN letak mung kata macam2.......
Mung ji jenis gile laaa.. Memang puak2 Parti Ajorang Sesat perangai dia macam ni.
Kalau BN buat semua tak kena, kalau Pas, PKr, Dap buat semua betul.......
Sebab tulah di Selangor, Kelatan dan Kedah langsun takde maksiat dan orang nya baik2 belake.
Takde kecurian, rogol, samun dan ...
Cume afda Puak2 Pembangkan yg bahlol .
YES..KITA PASTIKAN PKR HANCUR DI BUMI HULU SELANGOR. KITA PASTIKAN MEREKA MENELAN TANAH DI HULU SELANGOR. BUAT PENRINGATAN BAGI MEREKA BAHAWA MEREKA AKAN MENJADI SEJARAH DI PRU 13.
TERUSKAN PERJUANGAN BRO..
Hasim,
engko ni mabuk brandy ke. Sapa sponsor ?
Post a Comment