Berikut adalah kenyataan Exco Pemuda Malaysia Lokman Adam, beliau dengan tegasnya menafikan kenyataan beberapa blogger yang menyatakan Pemuda Umno boikot Majlis Perdana Menteri di Selangor.
Menulis di ruang twitternya, Lokman berkata kenyataan tersebut adalah satu Fitnah.
Pejuangbangsa: Betul ka KP Umno dan beberapa pemimpin Pemuda Umno Selangor boikot program raya bersama PM?
Lokman Adam: Fitnah tu. Shah Alam bahagian saya, takkan KP nak boikot. Saya dengan dia ni. Dia dah inform, dia ada program kat bahagian.
Pejuangbangsa: Harap ia dapat dihebahkan perkara ini. Banyak blog dah main cakap KP umno shah alam....
Brojinggo: Ada sesuatu yang tak kena dengan blogger kita sekarang ni...
Lokman Adam: Dah setahun setengah pemilihan Pemuda berlalu, siapa jua yang bergaduh sampai ke media ni sebenarnya org yang secara tidak langsung mengagalkan usaha pengukuhan parti. Dah tiba masa tujukan muncung senjata pada lawan sebenar kita.
Ulusan Saya...
Sepatutnya selepas pilihan raya ke-12 cara berfikir blogger Pro UMNO sudah berubah, kalau masih ditakok lama tak payah berpolitik. Pemilihan UMNO bukan ‘hari raya’. Kita tak boleh tersalah sarong ‘stokin bosok’ kemudian bawa ke pejabat, nak tukar terlambat, nak balik rumah pula tak sempat.
Sejarah Mahsuri di Langkawi yang dibunuh akibat fitnah, Hang Nadim di buang ke laut juga kerana fitnah. Begitu juga dengan Hang Tuah. Kenapa ‘orang kita’ mudah sangat hendak percaya dengan fitnah dan cerita ‘half truth’ yang belum tentu kesahihannya? Kenapa tidak soal selidik terlebih dahulu sebelum terus percaya?
Siapa sebenarnya yang mengkhianati perjuangan agama dan bangsa kalau bukan mereka yang bangga menjadi penfitnah?
Masyarakat yang terlibat dengan budaya fitnah akan menganggap keterlibatan diri dalam fitnah satu perkara yang mendapat kepuasan dan satu tindakan yang dianggap baik.
Hari ini rakyat masih tak tahu siapa yang salah, siapa yang betul, pemimpin yang tak bersalah jadi mangsa.
2 comments:
Yang dikatakan tidak hadir adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri, Naib Ketua Pemuda UMNo Negeri, Bendahari Pemuda UMNO Negeri dan Ketua Pemuda Puchong
secara kebetulan tak dpt hadir tu... mungking dr segi beberapa faktor lain.. kenapa pulak x perkatakan yg hadir pula Anon? boikot pebena 4 org yg x dtg? tu la yg dikatakan x ada isu cr isu.. yg menyedihkan tu blogger umno sendiri yg reka cerita????????
Post a Comment