Tuesday, January 31, 2012

Bila Lagi Azmin Ali Nak Desak PAS Pecat Azizan?


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu aka Mat Sabu tak mahu komen banyak isu Akta Universiti dan Kolej Universiti babitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bila diminta komen kenyataan Prof Dr Aziz Bari supaya Azizan dikenakan tindakan kerana mempertahankan AUKU di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang bercangah dengan manifesto Buku Jingga, ini jawapan beliau, “kita tengoklah dalam mesyuarat akan datang, kalau ada bangkit (isu), kita bincang”.

Dalam pada itu, Azizan bukan sahaja lebih tegas mempertahankan AUKU, malah kenyataan terbaru selepas menyifatkan Buku Jingga bukan Al-Quran adalah kesediaan beliau dipecat.

Dengan perkataan lain, beliau enggan menghiraukan pandangan pihak lain, termasuk dari partinya sendiri – PAS – bahawa semangat AUKU kini sudah lapuk dan harus dimansuhkan. PAS, dan sekutu dalam pembangkang.

Pembangkang dalam manifesto Buku Jingga berjanji bahawa AUKU akan dihapuskan jika berjaya menawan Putrajaya.

Kesediaan Azizan bersedia dipecat dari kedudukan Menteri Besar kerana yakin AUKU mestilah digunakan untuk menyaring disiplin pelajar menyebabkan pemerhati politik kini tertunggu-tunggu apakah reaksi PAS terhadap keengganan Azizan memihak pemansuhan AUKU.

Azizan juga enggan menarik balik hukuman menggantung lima pelajar KUIN yang dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin 25 Mei 2011 kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan KUIN mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.

Sikap Azizan ternyata tegas dan berani.

Suara penentangan sama seperti bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang sudah dipecat dari parti kerana dianggap mengaibkan PAS.

Sebenarnya, corak kepinpinan Azizan di Kedah mahupun dalam parti di negeri itu dilihat ada perbezaan dengan Kelantan atau negeri dikuasai pembangkang.

Malah, Azizan banyak buat ‘tak reti’ saja apa kritikan dalaman dan tindak tanduknya jelas tidak disenenangi PKR dan DAP di negeri tersebut.

Bagaimanapun, bukan mudah PAS mahu mengambil tindakan terhadap Azizan kerana beliau bukan kecil anak dalam parti.

Ini jelas dalam beberapa isu babitkan kepentingan DAP dan PKR di Kedah, Azizan tidak pernah mengalah.

Apapun, perkembangan ini pastinya menarik menjelang PRU ke 13.

Apakah PAS mahu mengorbankan Azizan demi mempertahankan Buku Jingga yang sama-sama parti itu persetujui dengan DAP dan PKR?

Atau mereka mahu menunduh Azizan jadi alat UMNO – alasan sering mereka labelkan pada sesiapa sahaja pemimpin yang mengeluarkan kenyataan menentang pembangkang?

Azizan dan Dr Hasan bukan ahli biasa yang PAS boleh perkecilkan.

Walaupun sudah dipecat dan PAS kata tidak tergugat, namun road show Dr Hasan menjelaskan isu parasit dalam parti dan usaha memurtadkan orang Islam terus jadi tumpuan.

Cuma ramai nak tunggu kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam isu ini.

Seperti di Selangor, Azmin lantang mengkritik kenyataan Dr Hasan yang secara peribadi tidak menyokong orang ramai berhimpun pada 9 Januari lalu di Mahkamah Jalan Duta menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin mahu PAS mengambil tindakan dan dua hari selepas itu Dr Hasan dipecat. Beranikah Azmin mempertahankan Buku Jingga dan desak PAS ambil tindakan terhadap Azizan? -Agendadaily

No comments: