Monday, February 20, 2012

Orang Islam di Persimpangan... Awas Yang 'Pelik bin Ajaib'


Kata orang a picture is worth a thousand words - cuma masalahnya dalam dunia siber yang rancak sekarang tak kurang juga gambar superimpose yang masuk gelanggang.

Yang pasti kedua-dua gambar ini bukan superimpose.

Satu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Batu Caves dan satu lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Gajah.

Gambar-gambar ini sudahpun disiarkan di internet sebelum ini.

Ia cuma jadi baru untuk dinilai semula dalam kontek ucapan Perdana Menteri semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur pagi Sabtu.

Di depan kira-kira 400 peserta himpunan itu Najib memberi jaminan beliau jaga akidah dan jaga peranannya sebagai pemimpin Islam ketika sambutan keagamaan kaum lain di negara.

Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.

"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya .

Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini.

Bab ini merujuk kepada polimek kehadirannya di sambutan Thaipusam di Batu Caves selepas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyifatkan ia langgar akidah.

Apa lagi, ia terus mendorong pembangkang khususnya PAS spin sakan kenyataan mufti itu.

Tanpa disedari Sivaji The Boss mereka,Anwar terjebak dalam situasi lagi teruk sewaktu menghadiri majlis keagamaan di Batu Gajah lengkap diarak dengan menaiki kereta lembu,dicalit di dahi dan bergoyang menari atas pentas.


Kantoi dengan pendedahan itu maka kemudian tersebarlah pula gambar superimpose Najib sedang dicalit kum-kum.

Puak pembangkang gigit jari bila Harussani kemudiannya mengeluarkan kenyataan kehadiran Najib di Batu Caves tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada himpunan itu Perdana Menteri berkata, "Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali.

"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya.

Cubaan memainkan sentimen agama untuk mencetuskan kemarahan pada Najib bukan sesuatu yang baru.

Beliau menarik balik perhatian hadirin pada kisah gambar yang tersebar di internet semasa beliau tawaf semasa menunaikan Haji November lalu dengan dikeliling oleh anggota tentera.

Pada gambar itu ramai orang lain yang tawaf sekitarnya dipadam seolah orang lain tidak boleh tawaf semasa beliau di situ.

Katanya semua ketua kerajaan dikawal begitu dan bukan beliau yang memohon kawalan itu."Tapi dijadikan polemik oleh pihak tak bertanggungjawab,"katanya.

"Satu ibadat yang suci dilakukan dengan niat baik diguna oleh orang berniat jahat untuk tujuan politik. Nak sekat tawaf pun tak mungkin. Sesiapa pernah buat haji tahu penuh sesak dengan orang."tambahnya.

Dalam kontek ini Perdana Menteri berkata semua pihak harus bertindak segera untuk menangkis sebarang fitnah dan maklumat tidak betul yang boleh menjejaskan kesucian agama.

Untuk tujuan itu katanya kerjasama antara kumpulan ulama, cedekiawan Islam dan penulis maya mampu menjadi benteng pertahanan kepada kepentingan dan maruah umat Islam di negara ini.


"Menyedari kepentingan itu maka peranan ulama, cendekiawan Islam dan penulis maya adalah sangat besar. Mereka perlu lebih peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa dan perubahan dasar kerajaan.

Perdana Menteri berkata, umat Islam kini berada dalam persimpangan untuk memilih parti politik yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menggadaikan Islam dan seterusnya menguntungkan pihak lain.

"Kalau orang Cina sudah ada debat mengenai political crossroads (persimpangan politik), saya kira orang Islam pun ada persimpangan juga.

"Kita nak pilih yang mana satu? Yang kita mesti pilih itu ialah siapa yang dapat memberi jaminan untuk memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam," katanya.

Dalam pada itu Najib juga mengingatkan kepada umat Islam agar tidak terpedaya memilih pembangkang kerana gabungan mereka tidak mempunyai persefahaman dalam pelbagai perkara.

Tanpa menyebut mana-mana komponen parti pembangkang tertentu Najib berkata, undi yang diberikan kepada parti pembangkang tersebut sebenarnya hanya akan menguntungkan parti lain yang lebih dominan dalam pakatan pembangkang.

"Bila ada parti politik sudah tidur sebantal dengan parti politik yang lain, walaupun mimpi mereka lain-lain...tapi mereka sudah berkhalwat, sudah tidur dalam satu bilik, tidur atas satu bantal.

"Jadi bila kita undi parti itu, yang untung orang yang tidur sebantal dengan dia. Kesimpulannya undi untuk puak ini kesudahnnya akan menguntungkan orang yang dia tidur bersama itu," katanya.

Beliau mengingatkan orang Islam agar berwaspada pada kenyataan orang tertentu 'yang pelik bin ajaib'.

"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.

Najib yang dipercayai merujuk kepada kenyataan Anwar pada BBC baru-baru ini bila menyentuh tentang pihak yang menggangap satu undang-undang berkaitan homoseks di negara ini lapuk.

Sedangkan,katanya di Singapura yang bukan sebuah negara Islam undang-undang berkaitan tidak dipinda.

Perdana Menteri turut merujuk kepada kenyataan Anwar mengenai keselamatan Israel di Wall Street Journal yang dianggapnya pelik.

"Sekiranya keselamatan Palestin duduk dibawah berbanding dengan keselamatan Israel...ia sesuatu yang pelik,"katanya.

-Agendadaily

No comments: