Friday, March 23, 2012
Parti Keadilan Rakyat Parti Berbilang Bangsa Taiko Yang Racist
Parti Keadilan Rakyat Parti Berbilang Bangsa Yang Racist
Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh Malaysia Today dan The Choice
(http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48170-karpal-singh-now-facing-calls-to-quit-from-inside-pkr- )
Kita lihat bagaimana sekumpulan ahli PKR berbangsa India menyarankan supaya Karpal Singh bersara kerana melihat kepada usia Karpal Singh yang sudah tua.
Pertama , mereka tidak menghargai jasa dan perjuangan Karpal Singh yang sudah lama berjuang untuk pembangkang selama berdekad – dekad lamina.
Kedua , mereka tidak menghormati golongan pemimpin veteran dalam Pakatan Rakyat.
Ketiga , kalau benar Karpal Singh sudah tua maka bukankah pemimpin seperti Nik Aziz , Anwar , Lim Kit Siang dan banyak lagi pemimpin tua dalam Pakatan Rakyat perlu berundur ?
Keadaan ini bertambah parah apabila ahli PKR cuba untuk memainkan isu perkauman dalam isu persengketaan antara Karpal Singh dan Ramasamy.
Mereka memanggil sidang akhbar di Petaling Jaya dan cuba untuk memecahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat India sendiri.
He may be a ‘King’ to the Sikh community, but not to the Indian community,” Saminathan, no doubt referring to the Bollywood hit film ‘Singh is King’ (2008).
Pertama , bukankah selama ini Pakatan Rakyat menjerit kepimpinan tanpa mengira bangsa? Maknanya jika seseorang itu adalah pemimpin India maka pemimpin tersebut adalah pemimpin kepada Melayu , Cina , India , Kadazan , Bidayu dan pelbagai lagi bangsa di Malaysia. Namun mengapa dalam isu ini wujud kenyataan seperti pemimpin Sikh bukan pemimpin kepada masyarakat India di negara kita?
Kedua , apakah pada hari ini PKR cuba untuk membezakan status quo sesama komuniti India sendiri? Kenyataan ahli PKR jauh lebih racist berbanding dengan PERKASA Ibrahim Ali kerana sekurang – kurangnya Ibrahim Ali racist terhadap bangsa lain tetapi kenyataan ahli PKR racist dalam komuniti mereka sendiri.
Ketiga , ahli – ahli PKR yang cuba untuk menghina masyarakat Sikh dengan perlambangan Bollywood Singh is King perlu meminta maaf kepada semua masyarakat Sikh di Malaysia.
Dalam isu ini juga apakah PKR cuba untuk menjadi Taiko dalam Pakatan Rakyat sehinnga ahli mereka sendiri berani bersuara untuk menyuruh Pengerusi DAP Malaysia untuk meletak jawatan?
Pertama , apakah pada hari ini Anwar Ibrahim ingin membalas dendam terhadap Karpal Singh yang pernah suatu ketika dahulu pernah disuruh oleh Karpal Singh untuk meletak jawatan sebagai pemimpin umum Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat sehingga anak buahnya menyuruh Karpal Singh meletak jawatan atas alasan yang sama?
Kedua , apakah pada hari ini PKR begitu berkuasa sehingga ahli mereka begitu berani sehingga berani untuk campur tangan dalam urusan parti DAP? Apakah pada hari PKR tidak menghormati kedaulatan parti DAP dalam Pakatan Rakyat?
Ketiga , bukankah dalam isu ini kepimpinan tertinggi PKR perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang bersikap kurang ajar terhadap pemimpin tertinggi DAP ? Bukankah ahli – ahli PKR yang begitu biadap menentang seorang Pengerusi Parti DAP perlu meminta maaf kepadanya?
Konklusinya , apakah benar pada hari ini Pakatan Rakyat merupakan model perpaduan dan berbilang bangsa yang ideal apabila perkauman mereka sehingga memecahbelahkan erti perpaduan dalam komuniti sendiri dalam sesuatu masyarakat?
Shen Yee Aun
Pengarah Unit Politik SYA
Labels:
Anwar Ibrahim,
Karpal Singh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment